Tuesday, 15 May 2012

Srikandi Mujahidah



Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah
mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang
meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.


Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?
………..

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat meni’mati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiiyah yang dihayati oleh umat manusia di Timur dan di Barat, di Utara dan di Selatan. Kemudian aku bertanya: Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang? ( petikan sayyid al-quthub-muqaddimah zilal)..


MasyaAllah.. hebat kan seorang sayyid quthub yg pd masa dulu berjuang menaikkan semangat jihad muslim di dunia yang kian malap ibarat pelita yang kehabisan minyak. Akhirnya beliau syahid di jalan Allah dan syurgalah balasan bagi orng yang menegakkan agama Allah. Tuudia.. Betapa Mantapnya kan kotak Pemikiran sayyid quttub yang begitu luas dan bebas dripada ghazawul fiqh apabila hidup dalam kaca mata al-quran.. Kita tahu bahawa Allah menaikkan darjat kita dengan islam. Malangnya, kita sendiri tak izzah dengan islam itu sendiri.. Di mana kita letakkan islam as the way of life dlm hidup kita ni? Hidup dengan keemaksiatan, kealpaan dan seolah-olah kita berada dalam kefasikan yang nyata?! Mengapa perlu kita hidup dalam paya yang busuk sedangkan Allah telah memberi peluang untuk kita memiliki taman-taman syurga yang harumnya ibarat kasturi??  Pikir-pikirkan lah J

                Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)Nya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh bagi orang yang menyucikan jiwa itu ..(Asy-Syams :7-9)
               
                Masih belum terlambat untuk kita kembali ke jalan Illahi , hidup subur berlandaskan al-quran dan sunnah .. insyaAllah, pasti kita akan mengecapi kenikmatan itu sendiri.. kalu tak percaya cakap anna, jom try power tadabbur ayat-ayat Allah.. mesti terkesan.. rujuk usrah untuk maklumat lanjut.. pasti terbaik layanannya dan lumayan pulangannya :D

                

1 comment: