Friday, 25 May 2012

Kari kepala ikan

Asalamualaikum ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, tok- tok yang kat umah tu.. Khaifahalukkium orang kampung?? Harini best la depa semua yang kt umah tuu..budak-budak dah pakat stat cuti sekolah nie..Mesti riuh ja kan kt umah. Terobat rindu.. Haa.. Mai dua minggu ni mesti hujung minggu sibuk makan nasi minyak orang lain kan.. Biasa la. Ramai sangat org kawin musim sekolah ni.. Rumah ana pun ada kenduri jugak..jemput noe org kampung semua mai kenduri nnt... (*tetibe..saja cek nak test loghaq penang cek)~~ 

Alhamdulilah, besyukur sangat pd Illahi kerana masih dipanjangkan umur hingga ke tarikh ini.. Harini jom kita semua terjah dapur. Tolong supermama kita masak di samping-samping tu boleh la kita cedok sikit ilmu masak supermama kita ni.Mana tau boleh jd latihan kat kita bila nak berkawin nnt ooo.... Tak rugi kalu sekali-sekala masak untuk family.Tak tekercuali juga, muslimim mesti la kena terer masak sama, senang sikit nak pikat hati mak mentua.. Jom kita test power, masak KARI KEPALA IKAN versi mamak penang punya.!!




Bahan yg kita perlukan harini ialah

-kepala ikan sperti ikan siakap, ikan bawa, etc *(penting yeaa!) 
-Bawang merah, bwang putih, halia,daun kari dan halba campur (utk tumis ok!)
-Serbuk cili cap Alagappas
-Serbuk kari cap Babbas *(lama2 mkn boleh terbabas)
-santan
-Air asam jawa
-Tomato, bendi dan terung, cili hijau

cara-caranya

-> Setelah panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis bersama-sama dengan tomato sampai daun kari tu agak garing. Time ni  bau wangi akan menusok ke lubang hidung antum
-> Then, masukkan bendi dan terung bulat, Tutup periuk sampai dia dah sempuk, boleh boh sedikit   
air.
-> Sementara nak tunggu terung ngn bendi tu empuk, boleh la gaulkan serbuk kari dan serbuk cili. Bila kuah dah mendidih, masukkan rempah tadi dan biarkan sehingga masak. Dan jangan lupa untuk masukkan air asam jawa sekali.
-> Kemudian, setelah beberapa minit, kuah kari tu pasti akan Nampak macam dah sebati ja, pastu masukkan santan dan kepala ikan. Pastikan antum letak garam yea...Kalu tak, memang tawar la kari antum semua.

haa... lepas tu, dah siap kari kelapa ikan antum , tp ana tak leh confirm la kari antum tu sedap. Ianya bergantung pada potensi antum memasak.. 


“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya”     
                               (Abasa :24)

Hmm..Musim cuti sekolah ni, setiap kali makan cuba kita try ussyaa-ussyaa, selidik makanan kita, macam mana supermama kita masak makanan tu. Macam-macam yang perlu kita buat dan perlu kita sediakan untuk masak sesuatu yang terbaik kan.

Sebelum nak masak, setiap ikan, udang-udang atau apa saja makanan tu mesti dibasuh supaya bak iklan safi ianya bersih, suci dan murni. Ianya sama juga dengan diri kita, hati kita perlu sentiasa dibersihkan untuk menjamin kualitinya. Lepas tu, barulah kita kena masukkan bahan-bahan yang sesuai dlm diri kita untuk menghasilkan sesuatu yang Mantop!

Bahan tu mestilah bersesuaian dengan menu masakan kita iaitu islam seperti zikrullah, bermujahadah, istighfar, membaca al-quran dan sebagainya. Kalau la kita masukkan bahan yg salah dan yang tak da kena mengena dengan menu kita, mesti rosak masakan kita. Misalnya, kita bubuh sos cili dalam kari kita, ergghh.. entah la apa rasanya.. Sama juga, bila kita terlampau asyik masukkan movie-movie dan lagu2 korea dalam thumbdrive hidup kita. Apakah hasilnya? hanya nihil dan melalaikan sehingga kita mungkin hanyut dalam kerehatan dan kemalasan yang berpanjangan.Hati dan diri sibuk berangan-angan kosong menjadi girlfriend leetuek atau sungmin. 

Tp,PERSOALANNYA cuba refleks diri sejauh mana kita telah sempurnakan Tujuan Penciptaan kita sebagai seorang manusia!!
Tepuk dada tanya selera.~~



No comments:

Post a Comment