Terdapat sebuah
kampung yg nun jauh dari Bandar. Sangat tenang kawasannya dihiasi dengan
tumbuhan-tumbuhan indah membentuk taman-taman bagai di syurga..burung-burung berkicauan
setiap pg bg menenaikkan seri memuji illahi. Ada seorng lelaki tua yg tinggal
bersama cucunya.setiap pagi sebelum pergi ke kebun , lelaki tua itu akan membaca
Al-quran. Cucunya tertanya-tanya kenapa setiap hari datuknya mengulang rutin tersebut
lalu dia cuba meniru perbuatan datuknya. Pada suatu hari, cucunya bertanya "atuk, sy dah
baca al-quran tp sy tak paham pun dan kadang-kadang sy paham pastu sy lupa.hmm.. Kalu
camtu ja, wat apa sy nak baca quran, sy bukan dapat apa-pa pun!”
Keesokan
harinya, datuk pn mengambil sebuah raga dari guni arang dan berkata pada cucunya “ cu,
cek ambik raga ni ke sungai pastu bawa mai atuk sebakul air “ . cucunya pn lakukan
seperti apa yg di suruh, Malangnya air tu
melimpah dan keluar dari bakul sebaik saja dia smpai ke rumah..
Atuknya pun geli
hati melihat gelagat cucunya lalu berkata “ ala cu, cu lari la laju sikit lepas ni” kali ini, cucunya lari dengan sepantas kilat yang mungkin setelah isi air dalam
raga tersebut tapi sayangnya, air tu masih bocor. Dengan menghela nafas yang sangat
panjang.
"Atuk, kalu dunia ni kiamat sekali pn, kalu kucing betanduk pun air ni mesti takkan penuh dalam raga la, memang tak mungkin boleh bawa air pakai raga”.lalu
cucunya pun pergi ke dapur nak ambik baldi dan Atuknya brkata. “ atuk dan
seraga air buknnya sebaldi air sayang. Sabar la sikit, try lagi dptkan, usaha
kan tangga kejayaan !” atuknya terus memberikan semangat.
Kali ini,cucu pun
dengan semanagat waja yg berkobar-kobar ke sungai , dia pun celupkan raga ke dalam
air sungai dan berlari sepantas yang mungkin, tapi setiba di rumah, raga tu tetap
kosong!! Cucunya : “argghh atuk ni, sama jew lari ka berjalan ka. Bakul ni tetap
kosong. Sia2 ja!! “
Atuknya pn
berkata “ cu ingat apa yang atuk suruh wat ni suma tak guna la noe!, cuba cek
tengok apa dah jadi dengan bakul ni!” cucunya pn melihat bakul itu Alangkah
terkejutnya dia bila dia tengok bakul yg buruk tu dah bertukar jadi bersih
bersinar-sinar cam baru..
~~hmm.menarik kan kalian kisah ni..
Kadang-kadang kita
mungkin tak paham apa yang ingin Allah katakan kepada kita dlm surat
cintaNya.tp yakinlah bahawa al-quran itu adalah nikmat dan panduan yang sangat
indah buat kita, dapat mentazkitayun nafs kan hati kita,Bila kita bacanya,
ibarat kita sedang memberi makan kpd rohani, hati dan jiwa kita yg selama ni
dahagakan fitrah semulajadinya..Teruk kan kalu kita ni tak beri makan rohani
kita, ibarat mcm kita sedag menzalimi diri kita sendiri..lebih baik kita isi
hati-hati kita dengan puji-pujian kpd Allah, menenangkan hati kita dan merasai
sendiri keindahan hidup di bawah bayangan al-quran J.

No comments:
Post a Comment