Wednesday, 16 May 2012

Ku labuhkan untukMu



“Takkan nanti nak balik kampung pakai jibab ni kot.agak2 arr.labuh semacam aja lebih pada ustazah lg. nnt org kata aku buang tebiat pulak dah..Dah la dulu aku ni seorang budak nakal di sekolah.. haishh.. nnt apa kata jiran2 pulak .. pelik tetibe tgk aku berubah macam ni.Tah2 mesti mereka ingat aku dah nak mati kot bila Nampak aku baik semacam ja ni". Bentak hati kecil ku yang baru mulakan titik turning point ke arah islam dalam hidup.

Bagaimanapun, Aku tetap bertekad dengan niatnya untuk memakai jibab walaupun bermacam-macam bisikan syaitan yang cuba menusuk hatinya. Syaitan yg mencemburui perjuangnku yang mula ingin menjunjung obor-obor islam. Keazaman dan semangatnya yang cekal telah memberanikan diriku untuk melakukan perubahan yg besar dalam hidupnya..Setibanya dia di stesen bus, abg dan bapanya pun menjemput aku.“ Adik, apasai semacam ja ni?? Macam baru balik asrama ja pun..  nmpak mcm ustazah sekolah agama rakyat pun ada..hehehhe… “ sapa abgnya yg ketawa terdehek-dehek.



Jauh di sudut hati aku tetap sabar dengan gelagat abg.. Hendak dipendekkan cerita, alhamdulilah… ramai ahli keluarga yang menyambut baik perubahan aku dari sudut akhlak mahupun tatasusila.lagi sweet kan bila seseorang wanita melabuhkan pakaian dan tudungnya, nmpak sopan dan bertambah ayu lg sedap mata memandang...Kan memang dah jadi lumrah hidup manusia yang sangat sukakan kebaikan dan kecantikan..

Kadang kala bila terpikir balik nostalgia dan perjalanan hidup aku banyak sangat benda terbaik yang Allah berikan kepadaku..Kecemerlangan akademik, rezeki, sahabat dan banyak lg.. Macam-macam benda best yg berlaku, tapi aku tak penah menjadi seorang yang bersyukur.Betapa sayangnya Allah padaku sehinggakan Dia masih lagi menarik aku ke jalan tarbiyah untuk kembali ke pangkal jalan walaupn selama ini aku tak pernah membalas cintanya..Dia menanamkan nur dan hidayah untuk menerangi hatiku, membersihkan hati-hati yang selama ini hitam dipenuhi dengan kehidupan jahiliyah.Sedarkah kita, bahawa Allah tu Maha penerima taubat pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita.. Selagi nadi kita mampu berdenyut selagi jantung kita masih mampu mengepam selagi itu kita masih ada peluang untuk melakukan perubahan.. jadilah diri kita orang-orang yg lebih baik dari semalam !..

No comments:

Post a Comment