Thursday 26 July 2012

ikatan




Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Berkawan biar beribu berkasih biar satu.. 
credit tu Bedah dan munah & i love islam


Sunday 22 July 2012

HATI vs NAFSU


Bercinta memang mudah
Untuk dicintai juga memang mudah
Tp untuk dicintai oleh orang
Yang kita cintai itulah yg sukar

Munah             :awak.. betul ke saye ni cantik, lawa, ibarat emas permata???

Ron (RJ)          :mesti la awak kan makwe saye… mestilah cantik, dari jauh saye tgkkelibat awak 
                        bergetar jantung saya..  y baby, ada orang mengutuk b ke.. bg tau Ron sapa yg 
                        berani kacau buah hati Ron ni!!

Munah             : Tak de la sayang… Cuma saya… ~~  

Ron                 : kenapa?? Awak dah pengganti dalam hati awak ke ??

Munah             : tak da apa la..Cuma kadang2 i rasa mcm apa kita wat ni salah la..

Ron                 : Ala b.. Rilek-rilek padang kota la..mcm xbiasa pulak.. b xsayang Ron ke. Dah lama 
                         kita bercinta





Rasa bersalah dalam diri Munah kian membuak-buah.. Fkirannya sering terganggu dengan segala perbuatannya semenjak saja Munah menjejakkan kakinya ke kelas tarbiyyah..  Hatinya bagai ditarik-tarik samada ingin memilih jalan yang kanan ataupun jalan yg kiri.. Puas Munah berperang maut dengan hatinya dalam menepis segala godaan sang iblis..


Tapi si Ron masih tetap memujuk Munah, inginkan percintaan zahirnya terasa bahgia tetapi hakikinya sangat tersiksa..
Ron                 : awak.. saya da SURPRISE untuk awak.special tau..untuk awak sowg jeww.. 
                         Nah,.buka hadiah ni..

Munah             : awak, b sayang awak.. (erkk..geli~~)

Ron                : Thanks sbb u still sayangkan i..





Hepy giler munah bila dapat hadiah dari Ron.. 2 Ribu je.. untungla.. hehe.. Hadiah dan cinta yg Ron tunjukkan kat Munah telah buatkan dia berasa serba salah untuk meninggalkan Ron..


Pada satu malam, Munah terjaga dari tidurnya untuk pergi ke toilet..Pd,  Malam yang sunyi sepi itu, dia segera menunaikan solat dan membaca al- Quran..  Sehinggalah terlintas pd satu ayat 





Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya dab janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yg nyata bagimu.. (2:208)

Asalamualaikum.. gelinya dengar ayat-ayat jiwang org bercinta ni.. Maaf sbb cerita ni mcm sakai sikit.. By the way, penah x shabat2 kita ataupn diri kita sendiri mengalami kejadian yg mcm ni.. Kdg2 kita nk berubah, tp susah gila kan nak tinggal jahiliyyah tu..  rasa mcm hati dok main tarik2 tali je kan.. Tapi, Kita mestilah kuat untuk melakukan sesuatu perubahan tu.. Kita kena fight jugk dgn kerenah setan yg hasut2 kita ni..

Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan rasulnya, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang member kehidupan kepadamu dan ketahuilah bahawa sesunggunya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan (8:24)



Allahu a’lam



Tuesday 10 July 2012

sanah helwa siti!

Alhamdulillah alhamdulillah.. sekarang dah menjangkau ke semester yg ke 3, mengorak langkh untuk menempuh liku-liku kehidupan di bumi tarbiyah Intec.. Semester ni azam mesti la banyak giler, terutamanya kena la menjaga tatsusila jd role model yg baik untuk adik2 juniors.. Biasa la, kita sekarang kan dah 19 tahun dah senior dah pn..nasihat* jgn buli adik ye!! 

8 Julai semua seniors mendaftar di pejabat cemara, mesti semua orang sibuk mengemas bilik la, mengemop lantai,sapu sampah dan yang paling PENTing bershopping di mydin. Simpan stock makanan untk makan di tengah mlm..

9 Julai pulak, sibuk dengan perancangn nak prank dua orang classmate yg satunya dari kaum hawa dan dari kaum adam.Sanah helwa ya akhi dan ukhti..




Tp prank tu mcm tak berapa jadi ja pun,haha..agk lawak la..Pejam celik pejam celik sekarang dah 19 tahun dh kita hidup di atas dunia ni.. Mesti dah banyak sangat dugaan yang dah kita lalui kan. Tapi tidakkah kita tahu bahawa dunia ini semata-mata igauan untuk kita!

Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang nyata kalau mereka mengetahui. 
(Al-ankabut:64)

Sudah setahun kita berukhwah, sudah setahun kita berada dalam tarbiyyah yang sangat mengubah diri kita from zero to hero.Walaupun setahun itu mungkin masa yg pendek untuk kita mengenali diri namun ianya bukan menjadi ukuran keihklasan persaudaraan ini. Walaupun diri ukhti hanya menjengah dalam hati ini, tetapi ia sentiasa akan tetap dalam sanubari.

Aku sentiasa mendoakan hubungan ukhwah kita berpaksikan keimanan kepada Allah dan Allah jualah yang mampu membolak balikkan hati ini..walaupun jasad kita bakal jauh terpisah dari timur ke barat namun hati kita masih tetap bersama, sujud pada yang Esa sambil memandang kiblat yang sama..

Ukhwah Fillah ya ukthi..
Selamat hari lahir…
Manfaatkan usiamu untuk bersujud dan syukur kepada Rabb..


Monday 2 July 2012

Seruan mencapai kemenangan

Takbir.......... Allahu akbar!!

sekarang ni kita mesti berusaha sebaik mungkin, All out apa yg kita ada, perjuangkan agama kita, korbankan jiwa, masa dan kibarkan seruan jihad kepada semua umat islam. Dan segalanya bermula dengan tarbiyyah.. 

TARBIYYAH ITU MENDIDIK
TARBIYYAH ITU MENGUBAH FROM 
        ~~ ZERO TO HERO~~~
               DAN 
TARBIYYAH ITU MENGGERAKKAN!

Tarbiyyah , usaha untuk mencapai salah satu matlamat kita iaitu kemenangan dalam islam, menegakkan syiar Islam dan sejurus mencapai UA ( ustaziatul Alam)



Tautan hati dan kerja kita ^-^


Wahai orang-orang yg beriman!Penuhilah seruan Allah dan rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yg memberi kehidupan kepadamu ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan
 (Al-anfal : 24)

kEINGINAN KITA JUGA SEPERTI MEREKA 

 hassan al banna

                                                           syeikh ahmed yassin

wahai angkatan pemuda!!!

sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan terdahulu dari kamu yg diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu, janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan ruang mata hati kamu akan firman Allah..





Wednesday 27 June 2012

Srikandi

Hidup orang yang soleh sentiasa dihiasi dengan ketaatan cinta pada Allah. Tatkala makan, berpakaian, tidur, menuntut ilmu dan bertutur tak terlepas daripada akhlak seorang mukmin. Hidupnya sentiasa dihiasi dengan kisah-kisah indah dan penuh berhikmah.Seseorang wanita soleh yg tidak ada cacat celanya dan setiap untaian katanya berpaksikan cinta kepada Yang Illahi.

Hinggakan seluruh isi kota basrah yang berpangkatkan pemudi hingga ke sultan datang menyunting bunga dalam dirinya, tp semuanya ditolak untuk satu cinta yang hakiki. Walaupun engkau bermula dalam sengsara, tp kau mengubah sengsara kepada cahaya. Walaupun pepasir pantai pun berubah tatkala hakikat melanda, tp sangat agung pengabdianku kepada yang Esa dalam menyimpuhkan ketaatanmu.

Itulah sedikit bebayang Rabiatul Adawiyah yang sentiasa mencari ketenangan di lorong sufi. Rabiah yang merupakan anak kepada seorang pengajar al-quran di kota Basrah iaitu Ismail al-adawiy.Rabiatul Adawiyah yang merupakan golongan sufi tidak penah bersuami dan tidak juga beranak. Wanita yang sekadar hidupnya cukup merasa puas dalam meninggalkan segala keduniaan untuk mengejar akhirat yang sentiasa dirinduinya.

“Kalau kita mengejar dunia, kita akan mendapat dunia tp jika kita mengejar akhirat nescaya dunia akan mengekori kita”

Wanita yang sentiasa bersolat, berzikir dan bertahmid untuk memuji Allah tuhan sekelian alam. Setiap detik nadi hidupnya diselangi dengan zikir kepada Allah bahkan hela nafas saat beliau tidur sejenak dihiasi dengan zikir kepada Allah. Kerana Rabiatul Adawiyah merupakan pecinta yang sejati, cinta yang hakiki dan abadi kepada Rabb. Bagunnya diri pada malam hari untuk menyerahkan hati kepada Rabb.

Umurnya dipanjangkan sehingga lapan puluh tahun tapi jasadnya sendiri tidak sabar menantikan kematian. Di saat malaikat maut datang menjemputnya, seakan-akan dia mengetahui akan kedatangan utusan Allah itu. Gembira hatinya sehingga terpancar nur pada riak mukanya. Disegerakan dia menyuruh anak muridnya iaitu Abdah untuk mendapatkan jubah dan purdahnya yang menjadi saksi segala amalannya selama hidupnya ini.

Sebaiknya dia meninggal, tiada apa yang dia tinggalkan di dunia ini melainkan sebidang tikar untuk tidur dan melakukan amalanya dan juga beberapa takat untuk kegunaannya semasa minum. Tetapi dia membawa suatu buku amalan yang penuh dihiasi dengan bebunga amalan dan takwa kepada Allah sepanjang hayatnya, sehinggakan kesucian dan cahaya menyinari dirinya.

Alhamdulillah, hebat sangat pengabdian yang agung, asmaranya bukan untuk pembuas nafsu tetapi dihampar suci bersama pintalan awan putih yang membuahkan titisan rahmat. Semoga kisah rabiatul adawiyah ini kita jadikan ikhtibar dan motivasi dalam amalan seharian kita. Mungkin kisahnya menjadikan semangat kepada kita untuk meleraikan ikatan syaitan yang menghalang kita daripada bertahajjud pada malam hari :D





Monday 25 June 2012

Duhai pohon semalu


Alhamdulilah, perjalanan masa cuti kian tamat, hanya tingal serpihan masa untuk makan masakan mak sebelum balik ke asrama, nanti mesti rindu nak makan pulut dengan durian.. haa.. favourite2.. hehhe.. dah lama rasanya tak update blog ni. Alhamdulilah, Allah menggerakkan hati saya untk update blog yg kian terbiar ni. Hmm..

Antum penah tak tengok pokok semalu.. Ala, pokok yang macam semak-semak di tepi jalan tu.. Kecik2 dulu sy suka arr main ngn pokok tu, best pulak tgk pokok tu.. Bila kita sentuh ja, mesti dia kecut kan.. Orang crita kata pokok tu malu sikit.. Baru kena touch2 sikit ja dah nak sembunyi-sembunyi.. pokok tu malu mcm malu-malu kucing ka ehh?? Bila bercakap soal pohon semalu, antum tahu tak yg malu pun sebahagian daripada iman ooo….

Daripada Abi Mas”ud, Uqbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda
Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenali orang daripada ungkapan kenabian yg  pertama adalah : Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu”



Mak saya crita orang dulu-dulu pemalu ooo..depa  Kalau dah akad nikah tp kenduri belum lg, pasangan tu tak kan berani pergi rumah si pasangannya.. Biasa la, Mak ayah zaman tok nenek moyang kita semua garang-garang ja kan, Sebuas-buas depa pun , habis kuat panjat pokok, dok p terebee pokok orang, dok p mandi sungai ..

Tp zaman la, agak-agak ke mana hilangnya sifat malu dalam diri kita, adakah semalu kita sama dengan malunya pohon semalu atau kita ni malu-malu kucing jaa.. Bila hilang sifat malu, habisla…Mudah sangat kita nak bg green light dekat bisikan syaitan durjana .. Hilangnya sifat malu muncullah gejala-gejala songsang dan terpesong dekat zaman la. Ada mat rempit, baby yg kena buang,da pulak yg bermacam2 di taman permainan…

Ada la seorang ustaz ni penah cerita, kat sekolah dia Tanya student dia, “ Sapa yg harini tak solat subuh” .. Pastu ramai la yg angkat tangan, Ustaz cakap orang zaman sekarang ni kebanyakannya jujur tp xda sifat malu, Bila ditanya, student kata , xpayah malu sangat sebab ramai je orang yg tak bagun subuh ustazz.. Nampaknya, malu ni sangat penting dalam diri setiap umat islam, bila kita ada perasaan malu tu, tak mudah la untuk kita melakuka perkara-perkara yang xelok, Terutamanya kena da rasa malu dengan Allah dan diri kita sendiri.. Bukan saja muslimat kena malu , para lelaki pun perlu malu jugk.. Azam harini, nak jadi pemalu sikit.. JOM..!!

Monday 18 June 2012

Nurkisah perang tabuk

Dari kota masuk ke pekan
Sampaikan dakwah berkobar-kobar
Assalamualaikum sy mulakan
Selamat membaca dan ambil iktibar

Air kering dalam telaga
Panas terik musnahkan semuanya
Tercetus perang yg inginkan syurga
Perang tabuk beginilah kisahnya

Tentera berkumpul di panas mentari
Rasulullah bersabda sepenuh hati
Tawaran syurga sedang menanti
Mencukupkan keperluan di perang nanti

Unta dan tanaman layu tak bermaya
Yang menjadi keperluan buat tentera
Ingin menyumbang tapi tak berdaya
Menangislah hati si perindu syurga

Ada saudagar terkenal kekayaannya
Ingin fi sabilillah sepanjang hidupnya
Dermakan jiwa dan seluruh hartanya
Uthman bin Affan itulah gelarannya


Abd Rahman bin Auf nama diberi
Sumbangkan separuh harta dengan lapang hati
Tersenyum semuanya tatkala dia berdiri
Rasullullah berdoa supaya dia diberkati


Alhamdulilah.itulah sedikit gambaran kisah di perang tabuk di mana ramai para sahabat dan pejuang islam berkorban untuk syahid di jalan Allah.Setiap orang mengimpika syurga yang dipenuhi mahligai, susu dan madu yang sedang menanti di akhirat sana.Setiap kali bercinta pasti memerlukan pengorbanan. Jika kita mencintai agama dan rasul kita peril berjihad dan berkorban untuk meninggalkan jahiliyah yang sudah sebati dalam diri kita.moga-moga kita semua boleh tergolong orang yg sentiasa mencintai Allah dan rasul.



Firman Allah bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya." 
(surah al Baqarah: 261)