Thursday, 26 July 2012

ikatan




Dari Nu'man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda ;
"Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur."
(Hadis riwayat Muslim)


"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."
"Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya."
(Hadis riwayat Abu Daud).

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud:
"Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Berkawan biar beribu berkasih biar satu.. 
credit tu Bedah dan munah & i love islam


Sunday, 22 July 2012

HATI vs NAFSU


Bercinta memang mudah
Untuk dicintai juga memang mudah
Tp untuk dicintai oleh orang
Yang kita cintai itulah yg sukar

Munah             :awak.. betul ke saye ni cantik, lawa, ibarat emas permata???

Ron (RJ)          :mesti la awak kan makwe saye… mestilah cantik, dari jauh saye tgkkelibat awak 
                        bergetar jantung saya..  y baby, ada orang mengutuk b ke.. bg tau Ron sapa yg 
                        berani kacau buah hati Ron ni!!

Munah             : Tak de la sayang… Cuma saya… ~~  

Ron                 : kenapa?? Awak dah pengganti dalam hati awak ke ??

Munah             : tak da apa la..Cuma kadang2 i rasa mcm apa kita wat ni salah la..

Ron                 : Ala b.. Rilek-rilek padang kota la..mcm xbiasa pulak.. b xsayang Ron ke. Dah lama 
                         kita bercinta





Rasa bersalah dalam diri Munah kian membuak-buah.. Fkirannya sering terganggu dengan segala perbuatannya semenjak saja Munah menjejakkan kakinya ke kelas tarbiyyah..  Hatinya bagai ditarik-tarik samada ingin memilih jalan yang kanan ataupun jalan yg kiri.. Puas Munah berperang maut dengan hatinya dalam menepis segala godaan sang iblis..


Tapi si Ron masih tetap memujuk Munah, inginkan percintaan zahirnya terasa bahgia tetapi hakikinya sangat tersiksa..
Ron                 : awak.. saya da SURPRISE untuk awak.special tau..untuk awak sowg jeww.. 
                         Nah,.buka hadiah ni..

Munah             : awak, b sayang awak.. (erkk..geli~~)

Ron                : Thanks sbb u still sayangkan i..





Hepy giler munah bila dapat hadiah dari Ron.. 2 Ribu je.. untungla.. hehe.. Hadiah dan cinta yg Ron tunjukkan kat Munah telah buatkan dia berasa serba salah untuk meninggalkan Ron..


Pada satu malam, Munah terjaga dari tidurnya untuk pergi ke toilet..Pd,  Malam yang sunyi sepi itu, dia segera menunaikan solat dan membaca al- Quran..  Sehinggalah terlintas pd satu ayat 





Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya dab janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yg nyata bagimu.. (2:208)

Asalamualaikum.. gelinya dengar ayat-ayat jiwang org bercinta ni.. Maaf sbb cerita ni mcm sakai sikit.. By the way, penah x shabat2 kita ataupn diri kita sendiri mengalami kejadian yg mcm ni.. Kdg2 kita nk berubah, tp susah gila kan nak tinggal jahiliyyah tu..  rasa mcm hati dok main tarik2 tali je kan.. Tapi, Kita mestilah kuat untuk melakukan sesuatu perubahan tu.. Kita kena fight jugk dgn kerenah setan yg hasut2 kita ni..

Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan rasulnya, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang member kehidupan kepadamu dan ketahuilah bahawa sesunggunya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan (8:24)



Allahu a’lam



Tuesday, 10 July 2012

sanah helwa siti!

Alhamdulillah alhamdulillah.. sekarang dah menjangkau ke semester yg ke 3, mengorak langkh untuk menempuh liku-liku kehidupan di bumi tarbiyah Intec.. Semester ni azam mesti la banyak giler, terutamanya kena la menjaga tatsusila jd role model yg baik untuk adik2 juniors.. Biasa la, kita sekarang kan dah 19 tahun dah senior dah pn..nasihat* jgn buli adik ye!! 

8 Julai semua seniors mendaftar di pejabat cemara, mesti semua orang sibuk mengemas bilik la, mengemop lantai,sapu sampah dan yang paling PENTing bershopping di mydin. Simpan stock makanan untk makan di tengah mlm..

9 Julai pulak, sibuk dengan perancangn nak prank dua orang classmate yg satunya dari kaum hawa dan dari kaum adam.Sanah helwa ya akhi dan ukhti..




Tp prank tu mcm tak berapa jadi ja pun,haha..agk lawak la..Pejam celik pejam celik sekarang dah 19 tahun dh kita hidup di atas dunia ni.. Mesti dah banyak sangat dugaan yang dah kita lalui kan. Tapi tidakkah kita tahu bahawa dunia ini semata-mata igauan untuk kita!

Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang nyata kalau mereka mengetahui. 
(Al-ankabut:64)

Sudah setahun kita berukhwah, sudah setahun kita berada dalam tarbiyyah yang sangat mengubah diri kita from zero to hero.Walaupun setahun itu mungkin masa yg pendek untuk kita mengenali diri namun ianya bukan menjadi ukuran keihklasan persaudaraan ini. Walaupun diri ukhti hanya menjengah dalam hati ini, tetapi ia sentiasa akan tetap dalam sanubari.

Aku sentiasa mendoakan hubungan ukhwah kita berpaksikan keimanan kepada Allah dan Allah jualah yang mampu membolak balikkan hati ini..walaupun jasad kita bakal jauh terpisah dari timur ke barat namun hati kita masih tetap bersama, sujud pada yang Esa sambil memandang kiblat yang sama..

Ukhwah Fillah ya ukthi..
Selamat hari lahir…
Manfaatkan usiamu untuk bersujud dan syukur kepada Rabb..


Monday, 2 July 2012

Seruan mencapai kemenangan

Takbir.......... Allahu akbar!!

sekarang ni kita mesti berusaha sebaik mungkin, All out apa yg kita ada, perjuangkan agama kita, korbankan jiwa, masa dan kibarkan seruan jihad kepada semua umat islam. Dan segalanya bermula dengan tarbiyyah.. 

TARBIYYAH ITU MENDIDIK
TARBIYYAH ITU MENGUBAH FROM 
        ~~ ZERO TO HERO~~~
               DAN 
TARBIYYAH ITU MENGGERAKKAN!

Tarbiyyah , usaha untuk mencapai salah satu matlamat kita iaitu kemenangan dalam islam, menegakkan syiar Islam dan sejurus mencapai UA ( ustaziatul Alam)



Tautan hati dan kerja kita ^-^


Wahai orang-orang yg beriman!Penuhilah seruan Allah dan rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yg memberi kehidupan kepadamu ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan
 (Al-anfal : 24)

kEINGINAN KITA JUGA SEPERTI MEREKA 

 hassan al banna

                                                           syeikh ahmed yassin

wahai angkatan pemuda!!!

sebenarnya kamu sekarang tidaklah begitu lemah berbanding dengan angkatan terdahulu dari kamu yg diberikan kemenangan oleh Allah hasil usaha mereka. Oleh itu, janganlah kamu merasa hina, merasa lemah malah hendaklah kamu meletakkan ruang mata hati kamu akan firman Allah..





Wednesday, 27 June 2012

Srikandi

Hidup orang yang soleh sentiasa dihiasi dengan ketaatan cinta pada Allah. Tatkala makan, berpakaian, tidur, menuntut ilmu dan bertutur tak terlepas daripada akhlak seorang mukmin. Hidupnya sentiasa dihiasi dengan kisah-kisah indah dan penuh berhikmah.Seseorang wanita soleh yg tidak ada cacat celanya dan setiap untaian katanya berpaksikan cinta kepada Yang Illahi.

Hinggakan seluruh isi kota basrah yang berpangkatkan pemudi hingga ke sultan datang menyunting bunga dalam dirinya, tp semuanya ditolak untuk satu cinta yang hakiki. Walaupun engkau bermula dalam sengsara, tp kau mengubah sengsara kepada cahaya. Walaupun pepasir pantai pun berubah tatkala hakikat melanda, tp sangat agung pengabdianku kepada yang Esa dalam menyimpuhkan ketaatanmu.

Itulah sedikit bebayang Rabiatul Adawiyah yang sentiasa mencari ketenangan di lorong sufi. Rabiah yang merupakan anak kepada seorang pengajar al-quran di kota Basrah iaitu Ismail al-adawiy.Rabiatul Adawiyah yang merupakan golongan sufi tidak penah bersuami dan tidak juga beranak. Wanita yang sekadar hidupnya cukup merasa puas dalam meninggalkan segala keduniaan untuk mengejar akhirat yang sentiasa dirinduinya.

“Kalau kita mengejar dunia, kita akan mendapat dunia tp jika kita mengejar akhirat nescaya dunia akan mengekori kita”

Wanita yang sentiasa bersolat, berzikir dan bertahmid untuk memuji Allah tuhan sekelian alam. Setiap detik nadi hidupnya diselangi dengan zikir kepada Allah bahkan hela nafas saat beliau tidur sejenak dihiasi dengan zikir kepada Allah. Kerana Rabiatul Adawiyah merupakan pecinta yang sejati, cinta yang hakiki dan abadi kepada Rabb. Bagunnya diri pada malam hari untuk menyerahkan hati kepada Rabb.

Umurnya dipanjangkan sehingga lapan puluh tahun tapi jasadnya sendiri tidak sabar menantikan kematian. Di saat malaikat maut datang menjemputnya, seakan-akan dia mengetahui akan kedatangan utusan Allah itu. Gembira hatinya sehingga terpancar nur pada riak mukanya. Disegerakan dia menyuruh anak muridnya iaitu Abdah untuk mendapatkan jubah dan purdahnya yang menjadi saksi segala amalannya selama hidupnya ini.

Sebaiknya dia meninggal, tiada apa yang dia tinggalkan di dunia ini melainkan sebidang tikar untuk tidur dan melakukan amalanya dan juga beberapa takat untuk kegunaannya semasa minum. Tetapi dia membawa suatu buku amalan yang penuh dihiasi dengan bebunga amalan dan takwa kepada Allah sepanjang hayatnya, sehinggakan kesucian dan cahaya menyinari dirinya.

Alhamdulillah, hebat sangat pengabdian yang agung, asmaranya bukan untuk pembuas nafsu tetapi dihampar suci bersama pintalan awan putih yang membuahkan titisan rahmat. Semoga kisah rabiatul adawiyah ini kita jadikan ikhtibar dan motivasi dalam amalan seharian kita. Mungkin kisahnya menjadikan semangat kepada kita untuk meleraikan ikatan syaitan yang menghalang kita daripada bertahajjud pada malam hari :D





Monday, 25 June 2012

Duhai pohon semalu


Alhamdulilah, perjalanan masa cuti kian tamat, hanya tingal serpihan masa untuk makan masakan mak sebelum balik ke asrama, nanti mesti rindu nak makan pulut dengan durian.. haa.. favourite2.. hehhe.. dah lama rasanya tak update blog ni. Alhamdulilah, Allah menggerakkan hati saya untk update blog yg kian terbiar ni. Hmm..

Antum penah tak tengok pokok semalu.. Ala, pokok yang macam semak-semak di tepi jalan tu.. Kecik2 dulu sy suka arr main ngn pokok tu, best pulak tgk pokok tu.. Bila kita sentuh ja, mesti dia kecut kan.. Orang crita kata pokok tu malu sikit.. Baru kena touch2 sikit ja dah nak sembunyi-sembunyi.. pokok tu malu mcm malu-malu kucing ka ehh?? Bila bercakap soal pohon semalu, antum tahu tak yg malu pun sebahagian daripada iman ooo….

Daripada Abi Mas”ud, Uqbah bin ‘Amr al-Anshari al-Badri r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda
Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenali orang daripada ungkapan kenabian yg  pertama adalah : Jika engkau tidak malu, berbuatlah sekehendakmu”



Mak saya crita orang dulu-dulu pemalu ooo..depa  Kalau dah akad nikah tp kenduri belum lg, pasangan tu tak kan berani pergi rumah si pasangannya.. Biasa la, Mak ayah zaman tok nenek moyang kita semua garang-garang ja kan, Sebuas-buas depa pun , habis kuat panjat pokok, dok p terebee pokok orang, dok p mandi sungai ..

Tp zaman la, agak-agak ke mana hilangnya sifat malu dalam diri kita, adakah semalu kita sama dengan malunya pohon semalu atau kita ni malu-malu kucing jaa.. Bila hilang sifat malu, habisla…Mudah sangat kita nak bg green light dekat bisikan syaitan durjana .. Hilangnya sifat malu muncullah gejala-gejala songsang dan terpesong dekat zaman la. Ada mat rempit, baby yg kena buang,da pulak yg bermacam2 di taman permainan…

Ada la seorang ustaz ni penah cerita, kat sekolah dia Tanya student dia, “ Sapa yg harini tak solat subuh” .. Pastu ramai la yg angkat tangan, Ustaz cakap orang zaman sekarang ni kebanyakannya jujur tp xda sifat malu, Bila ditanya, student kata , xpayah malu sangat sebab ramai je orang yg tak bagun subuh ustazz.. Nampaknya, malu ni sangat penting dalam diri setiap umat islam, bila kita ada perasaan malu tu, tak mudah la untuk kita melakuka perkara-perkara yang xelok, Terutamanya kena da rasa malu dengan Allah dan diri kita sendiri.. Bukan saja muslimat kena malu , para lelaki pun perlu malu jugk.. Azam harini, nak jadi pemalu sikit.. JOM..!!

Monday, 18 June 2012

Nurkisah perang tabuk

Dari kota masuk ke pekan
Sampaikan dakwah berkobar-kobar
Assalamualaikum sy mulakan
Selamat membaca dan ambil iktibar

Air kering dalam telaga
Panas terik musnahkan semuanya
Tercetus perang yg inginkan syurga
Perang tabuk beginilah kisahnya

Tentera berkumpul di panas mentari
Rasulullah bersabda sepenuh hati
Tawaran syurga sedang menanti
Mencukupkan keperluan di perang nanti

Unta dan tanaman layu tak bermaya
Yang menjadi keperluan buat tentera
Ingin menyumbang tapi tak berdaya
Menangislah hati si perindu syurga

Ada saudagar terkenal kekayaannya
Ingin fi sabilillah sepanjang hidupnya
Dermakan jiwa dan seluruh hartanya
Uthman bin Affan itulah gelarannya


Abd Rahman bin Auf nama diberi
Sumbangkan separuh harta dengan lapang hati
Tersenyum semuanya tatkala dia berdiri
Rasullullah berdoa supaya dia diberkati


Alhamdulilah.itulah sedikit gambaran kisah di perang tabuk di mana ramai para sahabat dan pejuang islam berkorban untuk syahid di jalan Allah.Setiap orang mengimpika syurga yang dipenuhi mahligai, susu dan madu yang sedang menanti di akhirat sana.Setiap kali bercinta pasti memerlukan pengorbanan. Jika kita mencintai agama dan rasul kita peril berjihad dan berkorban untuk meninggalkan jahiliyah yang sudah sebati dalam diri kita.moga-moga kita semua boleh tergolong orang yg sentiasa mencintai Allah dan rasul.



Firman Allah bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti biji benih yang menerbitkan tujuh tangkai; setiap tangkai mengandungi 100 biji dan ingatlah setiap tangkai pula mengandungi 100 biji dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnianya lagi meliputi ilmu pengetahuannya." 
(surah al Baqarah: 261) 



Sunday, 10 June 2012

Yang terindah..


kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya
tapi..org tahu betapa indahnya ia..
ia juga seperti dirimu
kamu tidak tahu betapa indahnya dirimu
tapi Allah tahu betapa istimewanya
dirimu di mataNya
tatkala kau taat dan patuh pd suruhanNya
ikhlas dgn semua yg kau alami
tersenyum tatkala sukar
tegar dalam ujian dan tetap teguh 
dengan iman yg kau miliki
semoga kau adalah insan yg terpilih
dan terindah di hadapanNya..





Thursday, 7 June 2012

Manfaatkan dirimu!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat firdausiku semua.. ^_^

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..  sehingga saat ini kita masih diberi peluang oleh SANG PENCIPTA untuk terus meminjam nyawa dari-NYA dan menhirup oksigen yang memenuhi alam fatamorgana ini..Apa khabar iman, hati dan jasad antunna semua??? Moga-moga antunna semua akan terus disinari dengan NUR KASIH-NYA dan hidup bahagia di bawah laungan tarbiah ALLAH S.W.T dan RASULULLAH S.A.W.

Okla.. hmm..antunna semua tahukan apa tujuan hidup kita.. tak yah sebut ayat ni..semua orang tahu.. dah memang tertanam dalam akal dan hati antunna semua tapi sebagai peringatan bagi ynag tut.tut..hehe ana bagi klu ea..(2:30).. Dalam ayat ni.. ALLAH telah meilih manusia iaitu kita ni.. jeng..jeng.. sebagai pemikul amanah dan tanggungjawab sebagai seorang “KHALIFAH FIL ARD”..

Aduh!! Besar sungguh makna hidup kita ni an.. okla.. setidak-tidaknya kita mestilah menjadi insan yang ‘bermanfaat’ pada orang lain.. so keywordnya ‘bermanfaat’..

tp Macam mana nak jadi bermanfaat ea..?? adakah kita perlu..... (haishhh.. pikiaq apo tuh).. perlu ke jadi hamba kepada ornag lain supaya bermanfaat pada ornag lain??? Oh no!!!! (gedik sikt)

ORANG YANG SUKA SHARE-SHARE.. hehe.. =)
mungkin kalau ana katakan berdakwah.. ada dalam kalangan antunna tidak menyenanginya.. yela.. ramai yang berpandangan bahawa dakwah itu hanyalah para ulamak, ustaz, ustazah and budak sekolah agama an.. (hehe.. dulu pun ana berfikiran seperti itu).
So.. dengan ilmu yang ada pada kita ni, kita kongsilah dengan sahabat-sahabat yang ada disekeliling kita tidak kira muslim or non-muslim..  uMM tak kisah la diorang nak dengar ke tak.. janji.. kita sampaikan apa yang kita tahu.. (^_- ) 

Rasulullah penah bersabda "sampaikanlah dariku walaupun satu ayat"




         

                                                      credits to lock & key.. :D



Sunday, 27 May 2012

Aku kegemaran spongebob. ANDA??

Assalamualaikum...

Namaku sudip.. Sudip yang paling disayangi oleh tuanku. Tuan Aku merupakan seekor mahkluk yang berpotensi besar untk menyerap apa-apa saja. Boleh menyerap kotoran minyak dan apa-apa saja jenis kotoran.. Itulah kelebihan besar tuan ku. Mantap kan tuan aku ni. Tuan aku juga makhluk yang bewarna kuning dan boleh menceriakan seluruh lautan..waa... Dasyat kan,


Inilah dia tuan aku. Hensem jugak kan, matanya bulat dan badannya berlubang-lubang.Senyumannya sangat menawan dan menyebabkan aku tertawan sehingga ternampak kedua giginya yang tajam...hehe.. comel :D

Ini pula profile diriku

Begin V. CARD
NAME : SUDIP
NICKNAME : SPATULA
STATUS :SINGLE
INTEREST : ISLAM
EMAIL : TokSpatulacrazy@yahoo.com

dan inilah aku..jeng jeng~~




Badanku yang kurus dan pinggangku ramping..Tuan aku sangat menyayangi aku dan sentiasa gembira di saat aku disisinya. Kalau tupercaya lihat bukti di bawah. Muka tuan aku yang giler excited ja..
--->



Nak tau kenapa dia hepy dengan aku??biasa la... Aku ni memang terer tackle hati tuan aku ni. Aku diciptakan sebagai peralatan untuk memasak satu masakan yang sangat disukai ramai iaitu --->



Sepanjang hidup aku, aku melakukan apa saja disuruh oleh tuan aku sebab tu la si makhluk kuning tu sangat gembira dan tidak pernah kecewa dengan aku dan aku juga sangat bahagia dengan tuan aku. Itulah kisah hidup aku yang hanya turut akan tujuan penciptaan aku. Bagaimana pula anda??

waa...sudip-sudip.hmm... Manusia diciptakan hanya sekadar dua fungsi iaitu sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah untuk beribadat kepadaNya.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Qs. Al-Dzariyyat [56]: 56)

 “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” 
 (Qs. Al-Baqarah [2]: 30)

Adakah kita ini berfungsi seperti mana sudip berfungsi kepada tuannya? Ataupun kita hanya menjadi seperti robot yang hilang arah tujuannya. Ya Allah, adakah selama ini kita telah menggembirakan Allah dengan menurut segala perintahNya?
 Tepuk dada tanyalah hati.. "DI MANA ALLAH DI HATIKU????"

Friday, 25 May 2012

Kari kepala ikan

Asalamualaikum ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, tok- tok yang kat umah tu.. Khaifahalukkium orang kampung?? Harini best la depa semua yang kt umah tuu..budak-budak dah pakat stat cuti sekolah nie..Mesti riuh ja kan kt umah. Terobat rindu.. Haa.. Mai dua minggu ni mesti hujung minggu sibuk makan nasi minyak orang lain kan.. Biasa la. Ramai sangat org kawin musim sekolah ni.. Rumah ana pun ada kenduri jugak..jemput noe org kampung semua mai kenduri nnt... (*tetibe..saja cek nak test loghaq penang cek)~~ 

Alhamdulilah, besyukur sangat pd Illahi kerana masih dipanjangkan umur hingga ke tarikh ini.. Harini jom kita semua terjah dapur. Tolong supermama kita masak di samping-samping tu boleh la kita cedok sikit ilmu masak supermama kita ni.Mana tau boleh jd latihan kat kita bila nak berkawin nnt ooo.... Tak rugi kalu sekali-sekala masak untuk family.Tak tekercuali juga, muslimim mesti la kena terer masak sama, senang sikit nak pikat hati mak mentua.. Jom kita test power, masak KARI KEPALA IKAN versi mamak penang punya.!!




Bahan yg kita perlukan harini ialah

-kepala ikan sperti ikan siakap, ikan bawa, etc *(penting yeaa!) 
-Bawang merah, bwang putih, halia,daun kari dan halba campur (utk tumis ok!)
-Serbuk cili cap Alagappas
-Serbuk kari cap Babbas *(lama2 mkn boleh terbabas)
-santan
-Air asam jawa
-Tomato, bendi dan terung, cili hijau

cara-caranya

-> Setelah panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis bersama-sama dengan tomato sampai daun kari tu agak garing. Time ni  bau wangi akan menusok ke lubang hidung antum
-> Then, masukkan bendi dan terung bulat, Tutup periuk sampai dia dah sempuk, boleh boh sedikit   
air.
-> Sementara nak tunggu terung ngn bendi tu empuk, boleh la gaulkan serbuk kari dan serbuk cili. Bila kuah dah mendidih, masukkan rempah tadi dan biarkan sehingga masak. Dan jangan lupa untuk masukkan air asam jawa sekali.
-> Kemudian, setelah beberapa minit, kuah kari tu pasti akan Nampak macam dah sebati ja, pastu masukkan santan dan kepala ikan. Pastikan antum letak garam yea...Kalu tak, memang tawar la kari antum semua.

haa... lepas tu, dah siap kari kelapa ikan antum , tp ana tak leh confirm la kari antum tu sedap. Ianya bergantung pada potensi antum memasak.. 


“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya”     
                               (Abasa :24)

Hmm..Musim cuti sekolah ni, setiap kali makan cuba kita try ussyaa-ussyaa, selidik makanan kita, macam mana supermama kita masak makanan tu. Macam-macam yang perlu kita buat dan perlu kita sediakan untuk masak sesuatu yang terbaik kan.

Sebelum nak masak, setiap ikan, udang-udang atau apa saja makanan tu mesti dibasuh supaya bak iklan safi ianya bersih, suci dan murni. Ianya sama juga dengan diri kita, hati kita perlu sentiasa dibersihkan untuk menjamin kualitinya. Lepas tu, barulah kita kena masukkan bahan-bahan yang sesuai dlm diri kita untuk menghasilkan sesuatu yang Mantop!

Bahan tu mestilah bersesuaian dengan menu masakan kita iaitu islam seperti zikrullah, bermujahadah, istighfar, membaca al-quran dan sebagainya. Kalau la kita masukkan bahan yg salah dan yang tak da kena mengena dengan menu kita, mesti rosak masakan kita. Misalnya, kita bubuh sos cili dalam kari kita, ergghh.. entah la apa rasanya.. Sama juga, bila kita terlampau asyik masukkan movie-movie dan lagu2 korea dalam thumbdrive hidup kita. Apakah hasilnya? hanya nihil dan melalaikan sehingga kita mungkin hanyut dalam kerehatan dan kemalasan yang berpanjangan.Hati dan diri sibuk berangan-angan kosong menjadi girlfriend leetuek atau sungmin. 

Tp,PERSOALANNYA cuba refleks diri sejauh mana kita telah sempurnakan Tujuan Penciptaan kita sebagai seorang manusia!!
Tepuk dada tanya selera.~~



Wednesday, 23 May 2012

ukhwah islamiah




Pada suatu petang yang hening, kelihatan burung-burung beterbangan menghiasi keindahan ciptaan Illahi.Cantik sekali sang gagak, sang nuri dan sang helang mengibarkan sayapnya. Hampir sekali terlintas di hatiku ingin menjadi seperti sang burung tatkala aku tepersona melihat kelincahan mereka terbang di langit membiru. Ingin saja aku bebas seperti mereka.Subhanalllah, hebat benar ciptaan Illahi. Keletihan aku terbukti bila peluh-peluh membasahi umbun-umbun rambutku, berbatu-batu aku berjalan menyusuri kampung halamanku yang terletak jauh dari Bandar. Rindu aku kian terubat setelah lima bulan tidak pulang ke kampung.Biasala, aku sibuk mencari rezeki di bandar untuk membiayai perbelanjaan sekolah adik-adikku. Ayahku hanyalah seorang pesawah tua yang pernah jemu membajak sawahnya.

“Alhamdulilah. Macam nak dekat dah ja rumah aku ni.” Bisik hati kecilku yang dah tak sabar-sabar lagi untuk bertemu keluarga tercinta.Di perantauan,Suara dan nostalgia keluarga yang sering menghantui kotak fikiranku tatkala kami berjauhan.Aku pun mempercepatkan langkah sepantas jantungku berdenyut apabila hormone adrenaline ku membasahi darahku akibat kegembiraan yang kian melonjak. Setibanya aku di halaman rumah, aku terdengar suara pakngah, makcik dan ibuku memecahkan keriuhan petang yang hening itu.” Haiiishhh, apa yang depa dok riuh-riuh sangat ni, dah la suma dok wat muka serius ja ni. Aku baru ja nak heppy-hepy.Yang depa ni pasai apa pulak dah..” bibirku mengalunkan bicara sendirian.

Selangkah ku menghampiri, semakin kuat gegaran dan getaran yang ku alami ditambahkan lagi bila ku mendengar pakngah menengking dan menghamburkan kata-kata yang tidak menyenangkan kepada makcik. Astagfirullah.. apa dah jadi ni?? . Sebaik saja aku menghampiri makngah,aku melihat air matanya yang sudah lama bertakung di mata mengalir membasahi pipinya. Ibuku terdiam menyaksikan senario yang agak kekok baginya.

Aku bersalaman dengan ibuku lalu menanyakan apa sebenarnya yang telah terjadi. Rupa-rupanya, pakngah sedang bergaduh dengan ibuku dan makcik untuk merebut sebidang tanah peninggalan arwah datukku. ~~ sekian, tamat.. Asif antum, crita ana tak brapa nak habis. Biasa la, ana tak berapa terer sangat bab-bab penulisan ni..



Selalu ja kan kita dengar keluarga bergaduh untuk merebut harta peninggalan nenek moyang mereka sehinggakkan ukhwah dan kemesraan yang terjalin antara mereka hancur berkecai. Abang-abang sanggup meninggikan suara dan berbuat apa saja bagi memenangi contest perebutan harta. Sedangkan, silaturrahim itu adalah satu ikatan yang patut dijaga sehingga kita ke liang lahad. Dari kecik kita sibuk mengikat ikatan kemesraan yang kuat bak ikatan tali yang terpintal. Tp ianya remuk dan terurai bila kita saling berlumba mengejar dan membolot harta keluarga. Sewajarnya kita perlu mencintai saudara kita dan berkasih sayang sesama sendiri  A J
allahu A'lam.

Tidak beriman secara sempurna seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri
  

Sunday, 20 May 2012

Tawaran hebat!!!! panas-panas!!

asalamualaikum akhi dan ukhti .. apa kabar iman? adakah masih kuat seperti kerang menahan ombak di lautan? semoga lebih hebat dari ana.. dah lama dah update blog..biasa la ana sibuk mendirikan masjid org lain.. masjid ana pulak..bile entah ler.. ~~

Dalam hidup kita ni mcm-macam kan best..best bila dpt keta besar, lg bangga bila keta ada turbo sampai melekat kepala kat seat.. kalu tak caya antum patut try..boleh sikit nak tunjuk lagak ayam kat jalan raya tu kan..Bawa laju bujet mcm jalan raya tu kita sorang ja yang punya.. Astagfirullah..

kdg-kdg lg best bila kita dapat miliki rumah yang besar..kekayaan yg melimpah ruah ibarat kuah kari mamak.. Kalau kita tak ada duit mesti susah kan nak hidup.. Zaman sekarang, ana rasa nak masuk toilet pun kena bayar 20 sen..huiishhh..memang beginilah peredaran masa zaman sekarang.. jom kita ussyaa ayat cinta Alah :~~

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cintaterhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan , anak-anak, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas da perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang..itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.. (3:14)

tapi semua kesenangan di dunia yang sementara ni Allah tawarkan kita semua satu tawaran yang lebih baik.. Tp kenapa kita suma tak grab tawaran Allah yang lebih panas dan yang hakiki bila kita mati nnt ehh.. Kita sibuk mengejar kesenangan sementara dunia sedangkan dunia ni hanyalah permainan semata-mata.. hanya antum saja yg boleh menjawab persoalan ni.. tab tab dada tanyalah hati..

Katakanlah "maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta reda Allah. Dan Allah Maha melihat hamba-hambanya. (3:15)

best ooo.. Allah tu sweet kan A



Wednesday, 16 May 2012

Cuti bukan syurga hakiki


Lamakan kawan-kawan kita cuti??Agaknya apa yg kta bleh buat? Tapi, dah diberi cuti panjg begini, memang LEPAK lah jwabnya.....hehe
Itulah biasa yang ana slalu dengar apabila musim cti tiba........

Adoii.........itulah dlema yg dialami oleh pelajar khususnya,kerana kita diberikan cuti yang agak panjang....Cuti yg lama-lama seolah-olah SYURGA sementara buat kita kerana tidak perlu sibukkan diri buat report bio.. tp INGAT..kita still ada issue report yg perlu disiapkan.. Harap-harap antum semua dah ada tajuk masing-masing la noe!!

Ingat rakan2, CUTI BKN SYURGA HAKIKI..
Apabila kalimah syurga berada di kotak fikiran dan bayangan setiap orang, sudah smestinya akn muncul sesuatu yg indah dan bahgia. Namun, cuti itu bkn syurga. Masa lapang yg diperuntukkan oleh stiap org haruslah dilakukan dengan baik dan sentiasa berada di lndasn Allah.
Selain itu, PERKARA WAJIB JGN TERHENTI.....

Dlm riwayat Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W. bersabda yg bermaksud : Menuntut ilmu itu wajib ke ats stiap org islam.

Walaupun berada dlm mood cuti, jgn pula perkara wajib juga bercuti drpd dlaksanakn. Pastikn waktu perdana pd awal pagi ini diisi dgn kerja yg bermanfaat, bkn leh tido sehingga petang yer kawan-kawanku yg dsayangi…..begitu juga dgn waktu solat, pastikn semua waktu solat tersebut sntiasa dipenuhkan dgn solat fardhu.

Jadilah kamu ibarat benih yang walau di mana saja kamu dicampakkan kamu pasti akan bertunas dan membuah.. Jangan hanya di bumi intec saja kita menggerakkan tarbiyah sebaliknya tarbiyak itulah yang memberikan kita kehidupan walau di mana saja kita berada.. Jadikan tarbiyah itu seperti kilauan permata di dalam lautan... Tetap bersinar pagi dan petang..

Selamat ber rehlah minda!!!

Idhhaku qoliilan waabkuu khasiran


(KETAWALAH SEDIKIT DAN MENANGISLAH BANYAK)

Kawan-kawan,
Dalam seharian kita hidup di dunia, jiwa yang kadang-kadang sering jauh dari Allah sentiasa membuatkan kita alpa……Astaghfirullah, kita banyak bergembira dari sedih…..kita banyak ketawa dari menangis, kita banyak menyayangi keduniaan kita dari Allah S.W.T……Saya mahu nasihatkan diri saya dan kalian semua, marilah kita kurangkan ketawa di dunia…..kita mungkin ketawa di dunia dan menangis di akhirat, kita mungkin bergembira di dunia dan bersedih di akhirat.
                                                       
Janganlah seperti itu…..

Saidina Ali berkata “Adapun Allah S.W.T. di muka bumi ini bejana-jana, iaitu hati manusia.  Sebaik-baik hati adalah yang bersih, tegas dan lunak.  Kemudian beliau menjelaskan pula, maksudnya, bersih dalam keyakinan, tegas dalam urusan agama, dan lunak dalam pergaulan kaum muslimin.”

Biar kita semua bersedih, menangisi dosa-dosa kita agar di akhirat kelak KITA MENJADI MANUSIA YANG PALING GEMBIRA.
Ingat kawan-kawan kurangkan ketawa banyakkan menangis..



Saudara-saudara ku sekalian, pohonlah keampunan drpd Allah sblum terlambat,
mungkin dlm kita sedang gembira,
bersuka ria.....Malaikat maut datang menjemput....
bersederhanalah dlm kehidupan..“kurangkan ketawa banyakkan menangis.”

Pernahkah kekadang diri mrasakan sgt rindu kpd Allah? Pernahkah dirimu merintih tatkala mendengar alunan zikrullah, bacaan al-Furqan? Di saat bergemanya laungan azan? Dan pernahkah dirimu menangisi di atas tiap-tiap kesilapan dan kealpaan yg dilakukan?

Wahai sahabat, buat diriku dan dirimu....aku berpesan, ambil lah waktu seketika untuk menitiskan air mata....menangislah dan menangislah....dan percayalah air matamu kan jdi pnyelamat dirimu kelak...