Sunday, 27 May 2012

Aku kegemaran spongebob. ANDA??

Assalamualaikum...

Namaku sudip.. Sudip yang paling disayangi oleh tuanku. Tuan Aku merupakan seekor mahkluk yang berpotensi besar untk menyerap apa-apa saja. Boleh menyerap kotoran minyak dan apa-apa saja jenis kotoran.. Itulah kelebihan besar tuan ku. Mantap kan tuan aku ni. Tuan aku juga makhluk yang bewarna kuning dan boleh menceriakan seluruh lautan..waa... Dasyat kan,


Inilah dia tuan aku. Hensem jugak kan, matanya bulat dan badannya berlubang-lubang.Senyumannya sangat menawan dan menyebabkan aku tertawan sehingga ternampak kedua giginya yang tajam...hehe.. comel :D

Ini pula profile diriku

Begin V. CARD
NAME : SUDIP
NICKNAME : SPATULA
STATUS :SINGLE
INTEREST : ISLAM
EMAIL : TokSpatulacrazy@yahoo.com

dan inilah aku..jeng jeng~~




Badanku yang kurus dan pinggangku ramping..Tuan aku sangat menyayangi aku dan sentiasa gembira di saat aku disisinya. Kalau tupercaya lihat bukti di bawah. Muka tuan aku yang giler excited ja..
--->



Nak tau kenapa dia hepy dengan aku??biasa la... Aku ni memang terer tackle hati tuan aku ni. Aku diciptakan sebagai peralatan untuk memasak satu masakan yang sangat disukai ramai iaitu --->



Sepanjang hidup aku, aku melakukan apa saja disuruh oleh tuan aku sebab tu la si makhluk kuning tu sangat gembira dan tidak pernah kecewa dengan aku dan aku juga sangat bahagia dengan tuan aku. Itulah kisah hidup aku yang hanya turut akan tujuan penciptaan aku. Bagaimana pula anda??

waa...sudip-sudip.hmm... Manusia diciptakan hanya sekadar dua fungsi iaitu sebagai khalifah dan sebagai hamba Allah untuk beribadat kepadaNya.

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Qs. Al-Dzariyyat [56]: 56)

 “Sesungguhnya Aku ingin menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” 
 (Qs. Al-Baqarah [2]: 30)

Adakah kita ini berfungsi seperti mana sudip berfungsi kepada tuannya? Ataupun kita hanya menjadi seperti robot yang hilang arah tujuannya. Ya Allah, adakah selama ini kita telah menggembirakan Allah dengan menurut segala perintahNya?
 Tepuk dada tanyalah hati.. "DI MANA ALLAH DI HATIKU????"

Friday, 25 May 2012

Kari kepala ikan

Asalamualaikum ibu-ibu, bapak-bapak, nenek-nenek, tok- tok yang kat umah tu.. Khaifahalukkium orang kampung?? Harini best la depa semua yang kt umah tuu..budak-budak dah pakat stat cuti sekolah nie..Mesti riuh ja kan kt umah. Terobat rindu.. Haa.. Mai dua minggu ni mesti hujung minggu sibuk makan nasi minyak orang lain kan.. Biasa la. Ramai sangat org kawin musim sekolah ni.. Rumah ana pun ada kenduri jugak..jemput noe org kampung semua mai kenduri nnt... (*tetibe..saja cek nak test loghaq penang cek)~~ 

Alhamdulilah, besyukur sangat pd Illahi kerana masih dipanjangkan umur hingga ke tarikh ini.. Harini jom kita semua terjah dapur. Tolong supermama kita masak di samping-samping tu boleh la kita cedok sikit ilmu masak supermama kita ni.Mana tau boleh jd latihan kat kita bila nak berkawin nnt ooo.... Tak rugi kalu sekali-sekala masak untuk family.Tak tekercuali juga, muslimim mesti la kena terer masak sama, senang sikit nak pikat hati mak mentua.. Jom kita test power, masak KARI KEPALA IKAN versi mamak penang punya.!!




Bahan yg kita perlukan harini ialah

-kepala ikan sperti ikan siakap, ikan bawa, etc *(penting yeaa!) 
-Bawang merah, bwang putih, halia,daun kari dan halba campur (utk tumis ok!)
-Serbuk cili cap Alagappas
-Serbuk kari cap Babbas *(lama2 mkn boleh terbabas)
-santan
-Air asam jawa
-Tomato, bendi dan terung, cili hijau

cara-caranya

-> Setelah panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan yang hendak ditumis bersama-sama dengan tomato sampai daun kari tu agak garing. Time ni  bau wangi akan menusok ke lubang hidung antum
-> Then, masukkan bendi dan terung bulat, Tutup periuk sampai dia dah sempuk, boleh boh sedikit   
air.
-> Sementara nak tunggu terung ngn bendi tu empuk, boleh la gaulkan serbuk kari dan serbuk cili. Bila kuah dah mendidih, masukkan rempah tadi dan biarkan sehingga masak. Dan jangan lupa untuk masukkan air asam jawa sekali.
-> Kemudian, setelah beberapa minit, kuah kari tu pasti akan Nampak macam dah sebati ja, pastu masukkan santan dan kepala ikan. Pastikan antum letak garam yea...Kalu tak, memang tawar la kari antum semua.

haa... lepas tu, dah siap kari kelapa ikan antum , tp ana tak leh confirm la kari antum tu sedap. Ianya bergantung pada potensi antum memasak.. 


“Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya”     
                               (Abasa :24)

Hmm..Musim cuti sekolah ni, setiap kali makan cuba kita try ussyaa-ussyaa, selidik makanan kita, macam mana supermama kita masak makanan tu. Macam-macam yang perlu kita buat dan perlu kita sediakan untuk masak sesuatu yang terbaik kan.

Sebelum nak masak, setiap ikan, udang-udang atau apa saja makanan tu mesti dibasuh supaya bak iklan safi ianya bersih, suci dan murni. Ianya sama juga dengan diri kita, hati kita perlu sentiasa dibersihkan untuk menjamin kualitinya. Lepas tu, barulah kita kena masukkan bahan-bahan yang sesuai dlm diri kita untuk menghasilkan sesuatu yang Mantop!

Bahan tu mestilah bersesuaian dengan menu masakan kita iaitu islam seperti zikrullah, bermujahadah, istighfar, membaca al-quran dan sebagainya. Kalau la kita masukkan bahan yg salah dan yang tak da kena mengena dengan menu kita, mesti rosak masakan kita. Misalnya, kita bubuh sos cili dalam kari kita, ergghh.. entah la apa rasanya.. Sama juga, bila kita terlampau asyik masukkan movie-movie dan lagu2 korea dalam thumbdrive hidup kita. Apakah hasilnya? hanya nihil dan melalaikan sehingga kita mungkin hanyut dalam kerehatan dan kemalasan yang berpanjangan.Hati dan diri sibuk berangan-angan kosong menjadi girlfriend leetuek atau sungmin. 

Tp,PERSOALANNYA cuba refleks diri sejauh mana kita telah sempurnakan Tujuan Penciptaan kita sebagai seorang manusia!!
Tepuk dada tanya selera.~~



Wednesday, 23 May 2012

ukhwah islamiah




Pada suatu petang yang hening, kelihatan burung-burung beterbangan menghiasi keindahan ciptaan Illahi.Cantik sekali sang gagak, sang nuri dan sang helang mengibarkan sayapnya. Hampir sekali terlintas di hatiku ingin menjadi seperti sang burung tatkala aku tepersona melihat kelincahan mereka terbang di langit membiru. Ingin saja aku bebas seperti mereka.Subhanalllah, hebat benar ciptaan Illahi. Keletihan aku terbukti bila peluh-peluh membasahi umbun-umbun rambutku, berbatu-batu aku berjalan menyusuri kampung halamanku yang terletak jauh dari Bandar. Rindu aku kian terubat setelah lima bulan tidak pulang ke kampung.Biasala, aku sibuk mencari rezeki di bandar untuk membiayai perbelanjaan sekolah adik-adikku. Ayahku hanyalah seorang pesawah tua yang pernah jemu membajak sawahnya.

“Alhamdulilah. Macam nak dekat dah ja rumah aku ni.” Bisik hati kecilku yang dah tak sabar-sabar lagi untuk bertemu keluarga tercinta.Di perantauan,Suara dan nostalgia keluarga yang sering menghantui kotak fikiranku tatkala kami berjauhan.Aku pun mempercepatkan langkah sepantas jantungku berdenyut apabila hormone adrenaline ku membasahi darahku akibat kegembiraan yang kian melonjak. Setibanya aku di halaman rumah, aku terdengar suara pakngah, makcik dan ibuku memecahkan keriuhan petang yang hening itu.” Haiiishhh, apa yang depa dok riuh-riuh sangat ni, dah la suma dok wat muka serius ja ni. Aku baru ja nak heppy-hepy.Yang depa ni pasai apa pulak dah..” bibirku mengalunkan bicara sendirian.

Selangkah ku menghampiri, semakin kuat gegaran dan getaran yang ku alami ditambahkan lagi bila ku mendengar pakngah menengking dan menghamburkan kata-kata yang tidak menyenangkan kepada makcik. Astagfirullah.. apa dah jadi ni?? . Sebaik saja aku menghampiri makngah,aku melihat air matanya yang sudah lama bertakung di mata mengalir membasahi pipinya. Ibuku terdiam menyaksikan senario yang agak kekok baginya.

Aku bersalaman dengan ibuku lalu menanyakan apa sebenarnya yang telah terjadi. Rupa-rupanya, pakngah sedang bergaduh dengan ibuku dan makcik untuk merebut sebidang tanah peninggalan arwah datukku. ~~ sekian, tamat.. Asif antum, crita ana tak brapa nak habis. Biasa la, ana tak berapa terer sangat bab-bab penulisan ni..



Selalu ja kan kita dengar keluarga bergaduh untuk merebut harta peninggalan nenek moyang mereka sehinggakkan ukhwah dan kemesraan yang terjalin antara mereka hancur berkecai. Abang-abang sanggup meninggikan suara dan berbuat apa saja bagi memenangi contest perebutan harta. Sedangkan, silaturrahim itu adalah satu ikatan yang patut dijaga sehingga kita ke liang lahad. Dari kecik kita sibuk mengikat ikatan kemesraan yang kuat bak ikatan tali yang terpintal. Tp ianya remuk dan terurai bila kita saling berlumba mengejar dan membolot harta keluarga. Sewajarnya kita perlu mencintai saudara kita dan berkasih sayang sesama sendiri  A J
allahu A'lam.

Tidak beriman secara sempurna seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri
  

Sunday, 20 May 2012

Tawaran hebat!!!! panas-panas!!

asalamualaikum akhi dan ukhti .. apa kabar iman? adakah masih kuat seperti kerang menahan ombak di lautan? semoga lebih hebat dari ana.. dah lama dah update blog..biasa la ana sibuk mendirikan masjid org lain.. masjid ana pulak..bile entah ler.. ~~

Dalam hidup kita ni mcm-macam kan best..best bila dpt keta besar, lg bangga bila keta ada turbo sampai melekat kepala kat seat.. kalu tak caya antum patut try..boleh sikit nak tunjuk lagak ayam kat jalan raya tu kan..Bawa laju bujet mcm jalan raya tu kita sorang ja yang punya.. Astagfirullah..

kdg-kdg lg best bila kita dapat miliki rumah yang besar..kekayaan yg melimpah ruah ibarat kuah kari mamak.. Kalau kita tak ada duit mesti susah kan nak hidup.. Zaman sekarang, ana rasa nak masuk toilet pun kena bayar 20 sen..huiishhh..memang beginilah peredaran masa zaman sekarang.. jom kita ussyaa ayat cinta Alah :~~

Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cintaterhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan , anak-anak, harta benda yang bertampuk dalam bentuk emas da perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang..itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.. (3:14)

tapi semua kesenangan di dunia yang sementara ni Allah tawarkan kita semua satu tawaran yang lebih baik.. Tp kenapa kita suma tak grab tawaran Allah yang lebih panas dan yang hakiki bila kita mati nnt ehh.. Kita sibuk mengejar kesenangan sementara dunia sedangkan dunia ni hanyalah permainan semata-mata.. hanya antum saja yg boleh menjawab persoalan ni.. tab tab dada tanyalah hati..

Katakanlah "maukah aku kabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?" Bagi orang-orang yang bertakwa (tersedia) di sisi tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan pasangan-pasangan yang suci, serta reda Allah. Dan Allah Maha melihat hamba-hambanya. (3:15)

best ooo.. Allah tu sweet kan A



Wednesday, 16 May 2012

Cuti bukan syurga hakiki


Lamakan kawan-kawan kita cuti??Agaknya apa yg kta bleh buat? Tapi, dah diberi cuti panjg begini, memang LEPAK lah jwabnya.....hehe
Itulah biasa yang ana slalu dengar apabila musim cti tiba........

Adoii.........itulah dlema yg dialami oleh pelajar khususnya,kerana kita diberikan cuti yang agak panjang....Cuti yg lama-lama seolah-olah SYURGA sementara buat kita kerana tidak perlu sibukkan diri buat report bio.. tp INGAT..kita still ada issue report yg perlu disiapkan.. Harap-harap antum semua dah ada tajuk masing-masing la noe!!

Ingat rakan2, CUTI BKN SYURGA HAKIKI..
Apabila kalimah syurga berada di kotak fikiran dan bayangan setiap orang, sudah smestinya akn muncul sesuatu yg indah dan bahgia. Namun, cuti itu bkn syurga. Masa lapang yg diperuntukkan oleh stiap org haruslah dilakukan dengan baik dan sentiasa berada di lndasn Allah.
Selain itu, PERKARA WAJIB JGN TERHENTI.....

Dlm riwayat Ibnu Majah, Rasulullah S.A.W. bersabda yg bermaksud : Menuntut ilmu itu wajib ke ats stiap org islam.

Walaupun berada dlm mood cuti, jgn pula perkara wajib juga bercuti drpd dlaksanakn. Pastikn waktu perdana pd awal pagi ini diisi dgn kerja yg bermanfaat, bkn leh tido sehingga petang yer kawan-kawanku yg dsayangi…..begitu juga dgn waktu solat, pastikn semua waktu solat tersebut sntiasa dipenuhkan dgn solat fardhu.

Jadilah kamu ibarat benih yang walau di mana saja kamu dicampakkan kamu pasti akan bertunas dan membuah.. Jangan hanya di bumi intec saja kita menggerakkan tarbiyah sebaliknya tarbiyak itulah yang memberikan kita kehidupan walau di mana saja kita berada.. Jadikan tarbiyah itu seperti kilauan permata di dalam lautan... Tetap bersinar pagi dan petang..

Selamat ber rehlah minda!!!

Idhhaku qoliilan waabkuu khasiran


(KETAWALAH SEDIKIT DAN MENANGISLAH BANYAK)

Kawan-kawan,
Dalam seharian kita hidup di dunia, jiwa yang kadang-kadang sering jauh dari Allah sentiasa membuatkan kita alpa……Astaghfirullah, kita banyak bergembira dari sedih…..kita banyak ketawa dari menangis, kita banyak menyayangi keduniaan kita dari Allah S.W.T……Saya mahu nasihatkan diri saya dan kalian semua, marilah kita kurangkan ketawa di dunia…..kita mungkin ketawa di dunia dan menangis di akhirat, kita mungkin bergembira di dunia dan bersedih di akhirat.
                                                       
Janganlah seperti itu…..

Saidina Ali berkata “Adapun Allah S.W.T. di muka bumi ini bejana-jana, iaitu hati manusia.  Sebaik-baik hati adalah yang bersih, tegas dan lunak.  Kemudian beliau menjelaskan pula, maksudnya, bersih dalam keyakinan, tegas dalam urusan agama, dan lunak dalam pergaulan kaum muslimin.”

Biar kita semua bersedih, menangisi dosa-dosa kita agar di akhirat kelak KITA MENJADI MANUSIA YANG PALING GEMBIRA.
Ingat kawan-kawan kurangkan ketawa banyakkan menangis..



Saudara-saudara ku sekalian, pohonlah keampunan drpd Allah sblum terlambat,
mungkin dlm kita sedang gembira,
bersuka ria.....Malaikat maut datang menjemput....
bersederhanalah dlm kehidupan..“kurangkan ketawa banyakkan menangis.”

Pernahkah kekadang diri mrasakan sgt rindu kpd Allah? Pernahkah dirimu merintih tatkala mendengar alunan zikrullah, bacaan al-Furqan? Di saat bergemanya laungan azan? Dan pernahkah dirimu menangisi di atas tiap-tiap kesilapan dan kealpaan yg dilakukan?

Wahai sahabat, buat diriku dan dirimu....aku berpesan, ambil lah waktu seketika untuk menitiskan air mata....menangislah dan menangislah....dan percayalah air matamu kan jdi pnyelamat dirimu kelak...






Malam pertamaku


Pada suatu petang di hadapan rumah. Ali ( seorang pelajar jurusan medical) dan abgnya(udin)yang baru saja selamat mendirikan masjid bersama seorang wanita pilihan hatinya..Apa kisah mereka ehh?? Jom kita terjah..~~ zass

Ali    : along.. best tak kawin??
Udin : Adik.. mesti la best, ada ka orang yg tak hepy bila kawin..tambah-tambah abg dapat
     kak kamu tu..dia tu dah la baik, solehah, sopan santun .. sejuk mata abang
pandang..Yang lg best, mmg terer arr dia masak lemak cili api..terangkat abg bila makan.!.
Ali    : Ala abg.. tp Ali...Ali...hmm....
Udin : Kenapa ngn kamu ni??
Ali     : Abang.. ergghhh.. Ali takut la nak kawin.. nnt malam pertama nnt.. cam susah je ..

opppsss~~ tetibe suspen bila sebut sal malam pertama.. cukup la kot takat ni noe kita terjah perbualan udin dan Ali..  kadang-kdang akhwat-akhwat ana sensitif sikit bila cakap soal-soal kawin nie..hehe..(kembali serius).Pernah antum tertanya2 macam mana perasaan malam pertama antum nnt??Rasa malu ka? Berdebar-debar? Resah? Gembira? Setiap manusia pasti akan melalui malam pertamanya dengan bermacam-macam pengalaman yang berbeza... Tp kali ni cuba kita luaskan pemikiran kita, bukan sekadar membicarakan malam pertama setelah kawin tapi membicarakan sejauh mana persediaan kita untuk malam pertama di setelah kita mati nanti..

Pada penghujung hidup ini, akan berakhirnya perceraian kita dengan duniawi dan mulanya pernikahan kita dengan MAUT. Maharnya SAKIT dan NAZAK.. Persalinannya KAPAN PUTIH.. Pelaminnya diserikan dengan wangian GAHARU CENDANA. Diarak dengan kompangan AZAN & KALIMATULLAH. Akadnya TALQIN. Berwalikan LIANG LAHAD. Bersaksikan NISAN. Malam pertama bersama MUNGKAR & NAKIR. Di dalam bilik berdindingkan TANAH... Jadi apakah AMAL yg kita ada apabila tiba masa untuk kita menghadapNya nanti? :)

Ya Allah.. Mcm mana kan keadaan kita malam tu??Adakah amal kita sudah cukup untuk menghadapi malam itu… So, sepatutnya di dunia inilah kita kena grab sehabis mungkin peluang untuk menambahkan pahala dan amal kita..Bukannya dengan hanya leka menikmati keindahan dunia yg fana ini kerna malam pertama kita bukannya beralaskan tilam yang empuk tapi beralaskan kain putih yang membaluti badan kita…. Pikir-pikirkanlah 

Ku labuhkan untukMu



“Takkan nanti nak balik kampung pakai jibab ni kot.agak2 arr.labuh semacam aja lebih pada ustazah lg. nnt org kata aku buang tebiat pulak dah..Dah la dulu aku ni seorang budak nakal di sekolah.. haishh.. nnt apa kata jiran2 pulak .. pelik tetibe tgk aku berubah macam ni.Tah2 mesti mereka ingat aku dah nak mati kot bila Nampak aku baik semacam ja ni". Bentak hati kecil ku yang baru mulakan titik turning point ke arah islam dalam hidup.

Bagaimanapun, Aku tetap bertekad dengan niatnya untuk memakai jibab walaupun bermacam-macam bisikan syaitan yang cuba menusuk hatinya. Syaitan yg mencemburui perjuangnku yang mula ingin menjunjung obor-obor islam. Keazaman dan semangatnya yang cekal telah memberanikan diriku untuk melakukan perubahan yg besar dalam hidupnya..Setibanya dia di stesen bus, abg dan bapanya pun menjemput aku.“ Adik, apasai semacam ja ni?? Macam baru balik asrama ja pun..  nmpak mcm ustazah sekolah agama rakyat pun ada..hehehhe… “ sapa abgnya yg ketawa terdehek-dehek.



Jauh di sudut hati aku tetap sabar dengan gelagat abg.. Hendak dipendekkan cerita, alhamdulilah… ramai ahli keluarga yang menyambut baik perubahan aku dari sudut akhlak mahupun tatasusila.lagi sweet kan bila seseorang wanita melabuhkan pakaian dan tudungnya, nmpak sopan dan bertambah ayu lg sedap mata memandang...Kan memang dah jadi lumrah hidup manusia yang sangat sukakan kebaikan dan kecantikan..

Kadang kala bila terpikir balik nostalgia dan perjalanan hidup aku banyak sangat benda terbaik yang Allah berikan kepadaku..Kecemerlangan akademik, rezeki, sahabat dan banyak lg.. Macam-macam benda best yg berlaku, tapi aku tak penah menjadi seorang yang bersyukur.Betapa sayangnya Allah padaku sehinggakan Dia masih lagi menarik aku ke jalan tarbiyah untuk kembali ke pangkal jalan walaupn selama ini aku tak pernah membalas cintanya..Dia menanamkan nur dan hidayah untuk menerangi hatiku, membersihkan hati-hati yang selama ini hitam dipenuhi dengan kehidupan jahiliyah.Sedarkah kita, bahawa Allah tu Maha penerima taubat pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita.. Selagi nadi kita mampu berdenyut selagi jantung kita masih mampu mengepam selagi itu kita masih ada peluang untuk melakukan perubahan.. jadilah diri kita orang-orang yg lebih baik dari semalam !..

A boy and quran



Terdapat sebuah kampung yg nun jauh dari Bandar. Sangat tenang kawasannya dihiasi dengan tumbuhan-tumbuhan indah membentuk taman-taman bagai di syurga..burung-burung berkicauan setiap pg bg menenaikkan seri memuji illahi. Ada seorng lelaki tua yg tinggal bersama cucunya.setiap pagi sebelum pergi ke kebun , lelaki tua itu akan membaca Al-quran. Cucunya tertanya-tanya kenapa setiap hari datuknya mengulang rutin tersebut lalu dia cuba meniru perbuatan datuknya. Pada suatu hari, cucunya bertanya "atuk, sy dah baca al-quran tp sy tak paham pun dan kadang-kadang sy paham pastu sy lupa.hmm.. Kalu camtu ja, wat apa sy nak baca quran, sy bukan dapat apa-pa pun!”

Keesokan harinya, datuk pn mengambil sebuah raga dari guni arang dan berkata pada cucunya “ cu, cek ambik raga ni ke sungai pastu bawa mai  atuk sebakul air “ . cucunya pn lakukan seperti apa  yg di suruh, Malangnya air tu melimpah dan keluar dari bakul sebaik saja dia smpai ke rumah..

Atuknya pun geli hati melihat gelagat cucunya lalu berkata “ ala cu, cu lari la laju sikit lepas ni” kali ini, cucunya lari dengan sepantas kilat yang mungkin setelah isi air dalam raga tersebut tapi sayangnya, air tu masih bocor. Dengan menghela nafas yang sangat panjang.

"Atuk, kalu dunia ni kiamat sekali pn, kalu kucing betanduk pun air ni mesti takkan penuh dalam raga la,  memang tak mungkin boleh bawa air pakai raga”.lalu  cucunya pun pergi ke dapur nak ambik baldi dan Atuknya brkata. “ atuk dan seraga air buknnya sebaldi air sayang. Sabar la sikit, try lagi dptkan, usaha kan tangga kejayaan !” atuknya terus memberikan semangat.

Kali ini,cucu pun dengan semanagat waja yg berkobar-kobar ke sungai , dia pun celupkan raga ke dalam air sungai dan berlari sepantas yang mungkin, tapi setiba di rumah, raga tu tetap kosong!! Cucunya : “argghh atuk ni, sama jew lari ka berjalan ka. Bakul ni tetap kosong. Sia2 ja!! “

Atuknya pn berkata “ cu ingat apa yang atuk suruh wat ni suma tak guna la noe!, cuba cek tengok apa dah jadi dengan bakul ni!” cucunya pn melihat bakul itu Alangkah terkejutnya dia bila dia tengok bakul yg buruk tu dah bertukar jadi bersih bersinar-sinar cam baru..

~~hmm.menarik kan kalian kisah ni..




Kadang-kadang kita mungkin tak paham apa yang ingin Allah katakan kepada kita dlm surat cintaNya.tp yakinlah bahawa al-quran itu adalah nikmat dan panduan yang sangat indah buat kita, dapat mentazkitayun nafs kan hati kita,Bila kita bacanya, ibarat kita sedang memberi makan kpd rohani, hati dan jiwa kita yg selama ni dahagakan fitrah semulajadinya..Teruk kan kalu kita ni tak beri makan rohani kita, ibarat mcm kita sedag menzalimi diri kita sendiri..lebih baik kita isi hati-hati kita dengan puji-pujian kpd Allah, menenangkan hati kita dan merasai sendiri keindahan hidup di bawah bayangan al-quran J

Tuesday, 15 May 2012

Srikandi Mujahidah



Hidup di bawah bayangan al-Quran adalah suatu keni’matan yang tidak dapat diketahui melainkan hanya oleh mereka yang mengecapinya sahaja. Ia adalah suatu keni’matan yang meluhur, memberkati dan membersihkan usia seseorang. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan kepadaku keni’matan hidup di bawah bayangan al-Qur’an selama beberapa waktu, di mana aku telah
mengecapi nimat yang tidak pemah aku kecapi sepanjang hidupku, iaitu ni’mat yang
meluhur, memberkati dan membersihkan usiaku.


Aku hidup seolah-olah mendengar Allah bercakap kepadaku dengan al-Quran ini… ya Dia bercakap kepadaku seorang hamba yang amat kerdil dan amat kecil. Manakah penghormatan yang dapat dicapai oleh seseorang lebih tinggi dari penghormatan Ilahi yang amat besar ini? Manakah keluhuran usia yang lebih tinggi dari keluhuran usia yang diangkatkan oleh kitab süci ini? Manakah darjah kemuliaan bagi seseorang yang lebih tinggi dari darjah kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah Pencipta Yang Maha Mulia?
………..

Aku telah hidup di bawah bayangan al-Quran dan di sana aku dapat meni’mati kefahaman yang sempurna dan meliputi, tanggapan yang tinggi dan bersih terhadap alam al-wujud, terhadap matlamat seluruh alam al-wujud dan terhadap matlamat kewujudan manusia itu sendiri. Kemudian aku bandingkan dengan kefahaman-kefahaman dan tanggapan jahiiyah yang dihayati oleh umat manusia di Timur dan di Barat, di Utara dan di Selatan. Kemudian aku bertanya: Mengapa manusia sanggup hidup dalam paya yang busuk, di tahap yang amat rendah dan di dalam gelap gelita kesesatan yang menghitam itu, sedangkan mereka mempunyai padang-padang yang bersih, tempat-tempat yang tinggi dan cahaya yang terang benderang? ( petikan sayyid al-quthub-muqaddimah zilal)..


MasyaAllah.. hebat kan seorang sayyid quthub yg pd masa dulu berjuang menaikkan semangat jihad muslim di dunia yang kian malap ibarat pelita yang kehabisan minyak. Akhirnya beliau syahid di jalan Allah dan syurgalah balasan bagi orng yang menegakkan agama Allah. Tuudia.. Betapa Mantapnya kan kotak Pemikiran sayyid quttub yang begitu luas dan bebas dripada ghazawul fiqh apabila hidup dalam kaca mata al-quran.. Kita tahu bahawa Allah menaikkan darjat kita dengan islam. Malangnya, kita sendiri tak izzah dengan islam itu sendiri.. Di mana kita letakkan islam as the way of life dlm hidup kita ni? Hidup dengan keemaksiatan, kealpaan dan seolah-olah kita berada dalam kefasikan yang nyata?! Mengapa perlu kita hidup dalam paya yang busuk sedangkan Allah telah memberi peluang untuk kita memiliki taman-taman syurga yang harumnya ibarat kasturi??  Pikir-pikirkan lah J

                Demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)Nya. Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaan. Sungguh bagi orang yang menyucikan jiwa itu ..(Asy-Syams :7-9)
               
                Masih belum terlambat untuk kita kembali ke jalan Illahi , hidup subur berlandaskan al-quran dan sunnah .. insyaAllah, pasti kita akan mengecapi kenikmatan itu sendiri.. kalu tak percaya cakap anna, jom try power tadabbur ayat-ayat Allah.. mesti terkesan.. rujuk usrah untuk maklumat lanjut.. pasti terbaik layanannya dan lumayan pulangannya :D

                

Luruskan cintamu



Asalamualaikum kalian.. apa kabar hati? Adakah masih segar mengingati Illahi?? Apa kabar iman? adakah Masih kuat melawan nafsu2 yang menyerang kita saban hari. Kuatnya bagaikan neutrophil (WBC) melawan pathogen dalam badan kita.. insyaAllah, mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam lindungan Allah..

Kalau dengar pasal cinta ja mesti semua muka excited ja termasuklah anna sendiri.. memang fitrah kita untuk merasa dicintai dan menyintai orang lain kan.. Tersenyum lebar anna tatkala menulis coretan ini sehinggakan mengecil kedua biji anak mata anna ..astagfirullah…gatainya anna ni..k2 ..tutup crita noe..!!

Dalam dunia yang fana ini sering skali kita dengar semua orang sibuk mengejar cinta.. Ada yang cuba mengejar cinta si mat rempit yang ingin mati di jalan yang lurus la, ada yang mengejar cinta budak paling bujet paling “ hot” kat sekolah la, ada pulak setengah yang versi baik-baik tu mengejar cinta si bilal di kampus..hmm.. Macam2 yang kita kejar.tp persoalannya??adakah kita sudah bersedia untuk mengejar cinta manusia jikakan cinta kita pada Illahi dan rasul pun rapuh bagaikan kayu yang dimakan anai-anai.sekali kepak pun dah mudah patah.. Rasulullah juga pernah bersabda


“Tidak beriman seseorang kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dicintainya, lebih daripada cintanya kepada dirinya, anak-anaknya, ahli keluarganya dan menusia seluruhnya” (Muttafaq ‘alaih)


Sepanjang hidup kita ini,di manakah kita sering meletakkan Allah dalam hati kita? Takkanlah hanya 30% cinta Allah, 25% cinta Nabi, 20% cinta pd ibu bapa dan selebihnya kita sumbangkan cinta kepada dunia.. sepatutnya sebagai seorang muslim wajarlah kita 100% mencintai Allah. Cinta Allah tu sangat suweett , best dan boleh dikatakan terbaiikkkk arr! Antum sedar tak banyak sangat benda yang best yang Allah hadiahkan kepada kita. Apa yang antum nak semua antum dapat dan yang paling penting sekali Allah dah bagi kpd kita nikmat islam itu sendiri.Nikmat islam yang umpama tiket kpd kita untuk masuk syurga..Tak semua manusia memiliki tiket tersebut.Hanya orang-orang yang terpilih dan diberi kepercayaan oleh Allah saja yang mampu memiliki tiket tu..Malangnya,tiket yang kita dapat tu kita sia2 kan, lempar merata la dan ada juga yang sanggup buang tiket tu..Kalu tiket nak ke konsert K-pop tu boleh la buang, tgk ja kat tv, ni tiket masuk syurga kot cek.!bukan senang nak dapat.. Kesimpulannya…

--------à


Semoga berjaya!! Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.. ikhlaskan diri, insyaAllah syurga menantimu..



Permata hati


Malam yang tenang berubah wajahnya menjadi sayup.. Tatkala pohon2 segar disuluhi cahaya bulan menjadi gelap apabila segerumpulan awan melindunginyaTerkesima aku apabila mendengar jidin meninggikan suara terhadap ibunya..Astagfirullah.. apa nak jadi dengan jidin ni.. tak kan sebab ibunya tak bagi wang untuk dia repair moto pun dia nak marah.relekss la bro.. haisshh.mak biah (ibu jidin),seorang wanita tua yang sudah lanjut usianya. Kehidupannya kadangkala kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Rumahnya yang usang terpinggir di tepi jalan yang agk sunyi di pelosok kampung. Itulah satu-satunya tanah peninggalan arwah suaminya kepada mereka dua beranak..

Setiap pagi, mak biah terpaksa bagun seawal 4.30 pagi untuk meneyediakan nasi lemak bagi jualan paginya. Tingginya yang tidak kurang 160.5 cm, wajahnya yang agak berkedut2 ditambahkan pula dengan tangannya yg kadang2 menggeletar ibarat terkena Parkinson meyebabkan aku kadangkala terharu melihatnya sehinggakan satu ketika air mataku mengalir membasahi pipiku.. Cuba bayangkan kalau mak biah itu ialah ibu antum. Sangupkan kita berkelakuan seperti jidin?? Tepuk dada tanyalah iman….


Khaifahaluki ummi abi, abah ibu ke, papa mama ka atau lebih familiar dengan panggilan mak ayah?ibu bapa yang tak pernah jemu memberikan didikan, kasih sayang buat kita semua kan, kdg2 mereka ini ibarat bank kpd kita.. sesuai dkatakan sebagai multifunction bank . Boleh bg kita kasih sayang, dorongan, semangat, didikan agama yang paling penting boleh bg duit untuk kita makan.kalu xbg duit memang kebulurlah kita kat intec tu..hehe. besar kan pengorbanan mak ayah sejak Dari antum menangis sebaik saja keluar dari rahim ibu sehingga antum dah cukup matang dan insyaAllah ada jugak sebahagian daripada antum yang  boleh kawin dh kot… ehhemmm… no komen~~

Untungla buat antum yang masih mempunyai kedua ibu bapa. Mereka ibarat permata yang sangat bernilai untuk kita,..lg sedih kan dengan sesetengah sahabat yang kematian ibu atau bapa mereka atau kehilangan kedua2nya sehinggakan mereka mendapat status anak yatim… dimana lg tempat untuk mereka luahkan perasaan?? Tempat untuk mendapatkan kasih sayang?? Ya Allah, hargailah ibu bapa antum selagi hayat mereka dikandung badan..

“Dan tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu maka sekali- kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. “
(Al-isra :23)


Kadang-kadang tak susah sangat pun nak berbakti atau nak ngorat mak ayah kita…lagi senang daripada mengorat awek atau pakwe kat luar tu.. yg akhwat-akhwat silalah rajin-rajinkan diri masuk dapur. Walaupun tak reti masak ke tp boleh ja tolong2 kat dapur tu kan..mana taw nanti tiba2 tersedap pulak masakan antum, mst lg tambah manisan kasih sayang depa kat kita kan. wat akhi pulak.. hmm… ha..boleh tolong cuci kereta ka, p kedai ka kan.. mesti best kan kalu kita dpt berbakti kpd mak ayah untuk mendapat dakapan cinta Allah…..





Rabitah hati



Keheningan malam ini dipecahkan dengan kerinduanku terhadap sahabat seperjuanganku. Tatkala jam menunjukan pkul 11.50 tengah malam , ingatanku mula mengimbau kisah persahabatan kami yg mula terbina sejak memasuki madrasah intec. Madrasah yang mengajarkan kami ilmu biology, physics,chemistry dan tak lupa mendidik kami dalam soal ukhrawi.Walaupun pengajiannya yang lebih kurang satu jam saja dalam seminggu amat berbaloi kepada hati2 yang mendahagakan cinta Allah..Memenuhi piala hati-hati ini dengan cahaya rabbaniMu ya Allah.. Sejurus memberikan kefahaman dan keindahan tawakal kepadamu ..

Semester demi semester kian berlalu dan semester ketiga bakal menjelma.Peperikasaan IELTS bakal menanti tanpa kami sedari. Dari usia 18 tahun menjejak kaki di madrasah kini telah menjangkau usia 19 tahun.. Kepingan-kepingan jahiliah mula terhambur beterbangan setelah kami mengenali islam melalui hati bukannya akal semata2..Subhanallah, sibghah sakinan mula menjadi teman dalam hidup kami. Sahabat-sahabat yang baik sentiasa mengingatkan anna  kepada Allah semasa gembira mahupun duka.. Setiap yang jatuh pasti akan bangun dan terus memulakan langkah.. Rindunya kat kalian semua.. Bagaikan dah setahun tak jumpa sedangkan hanya baru beberapa hari ja kita tak jumpa..


Walaupun sering kali ada pertelingkahan dalam proses mengenali diri masing-masing, tetapi Allah tetap memelihara rasa kasih dan sayang antara sesama kita.Sampaikan Sungguh manis terasa persaudaraan dan ukhwah kita walaupun berjauhan dengan ibu bapa. Kasih sayang yang berlandaskan al-quran dan sunnah.Biarpun ukhwah kita tak sehebat dan seerat ukhwah rasullullah dan saidina abu bakar tapi kita sentiasa berusaha melapang dada untuk menerima kelemahan diri masing-masing.. Biarlah tali takwa dan ukhwah ini dapat membawa kita untuk berjiran dengan rasulullah J .. ukhwah till jannah


Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul keranamu ,bertemu untuk meatuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahmu hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatmu maka eratkanlah ikatan-Nya Ya Allah
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. 

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."