Hidup orang yang soleh sentiasa dihiasi dengan ketaatan cinta pada Allah. Tatkala makan, berpakaian, tidur, menuntut ilmu dan bertutur tak terlepas daripada akhlak seorang mukmin. Hidupnya sentiasa dihiasi dengan kisah-kisah indah dan penuh berhikmah.Seseorang wanita soleh yg tidak ada cacat celanya dan setiap untaian katanya berpaksikan cinta kepada Yang Illahi.
Hinggakan seluruh isi kota basrah yang berpangkatkan pemudi hingga ke sultan datang menyunting bunga dalam dirinya, tp semuanya ditolak untuk satu cinta yang hakiki. Walaupun engkau bermula dalam sengsara, tp kau mengubah sengsara kepada cahaya. Walaupun pepasir pantai pun berubah tatkala hakikat melanda, tp sangat agung pengabdianku kepada yang Esa dalam menyimpuhkan ketaatanmu.
Itulah sedikit bebayang Rabiatul Adawiyah yang sentiasa mencari ketenangan di lorong sufi. Rabiah yang merupakan anak kepada seorang pengajar al-quran di kota Basrah iaitu Ismail al-adawiy.Rabiatul Adawiyah yang merupakan golongan sufi tidak penah bersuami dan tidak juga beranak. Wanita yang sekadar hidupnya cukup merasa puas dalam meninggalkan segala keduniaan untuk mengejar akhirat yang sentiasa dirinduinya.
“Kalau kita mengejar dunia, kita akan mendapat dunia tp jika kita mengejar akhirat nescaya dunia akan mengekori kita”
Wanita yang sentiasa bersolat, berzikir dan bertahmid untuk memuji Allah tuhan sekelian alam. Setiap detik nadi hidupnya diselangi dengan zikir kepada Allah bahkan hela nafas saat beliau tidur sejenak dihiasi dengan zikir kepada Allah. Kerana Rabiatul Adawiyah merupakan pecinta yang sejati, cinta yang hakiki dan abadi kepada Rabb. Bagunnya diri pada malam hari untuk menyerahkan hati kepada Rabb.
Umurnya dipanjangkan sehingga lapan puluh tahun tapi jasadnya sendiri tidak sabar menantikan kematian. Di saat malaikat maut datang menjemputnya, seakan-akan dia mengetahui akan kedatangan utusan Allah itu. Gembira hatinya sehingga terpancar nur pada riak mukanya. Disegerakan dia menyuruh anak muridnya iaitu Abdah untuk mendapatkan jubah dan purdahnya yang menjadi saksi segala amalannya selama hidupnya ini.
Sebaiknya dia meninggal, tiada apa yang dia tinggalkan di dunia ini melainkan sebidang tikar untuk tidur dan melakukan amalanya dan juga beberapa takat untuk kegunaannya semasa minum. Tetapi dia membawa suatu buku amalan yang penuh dihiasi dengan bebunga amalan dan takwa kepada Allah sepanjang hayatnya, sehinggakan kesucian dan cahaya menyinari dirinya.
Alhamdulillah, hebat sangat pengabdian yang agung, asmaranya bukan untuk pembuas nafsu tetapi dihampar suci bersama pintalan awan putih yang membuahkan titisan rahmat. Semoga kisah rabiatul adawiyah ini kita jadikan ikhtibar dan motivasi dalam amalan seharian kita. Mungkin kisahnya menjadikan semangat kepada kita untuk meleraikan ikatan syaitan yang menghalang kita daripada bertahajjud pada malam hari :D
.jpg)



