Tuesday, 15 May 2012

Rabitah hati



Keheningan malam ini dipecahkan dengan kerinduanku terhadap sahabat seperjuanganku. Tatkala jam menunjukan pkul 11.50 tengah malam , ingatanku mula mengimbau kisah persahabatan kami yg mula terbina sejak memasuki madrasah intec. Madrasah yang mengajarkan kami ilmu biology, physics,chemistry dan tak lupa mendidik kami dalam soal ukhrawi.Walaupun pengajiannya yang lebih kurang satu jam saja dalam seminggu amat berbaloi kepada hati2 yang mendahagakan cinta Allah..Memenuhi piala hati-hati ini dengan cahaya rabbaniMu ya Allah.. Sejurus memberikan kefahaman dan keindahan tawakal kepadamu ..

Semester demi semester kian berlalu dan semester ketiga bakal menjelma.Peperikasaan IELTS bakal menanti tanpa kami sedari. Dari usia 18 tahun menjejak kaki di madrasah kini telah menjangkau usia 19 tahun.. Kepingan-kepingan jahiliah mula terhambur beterbangan setelah kami mengenali islam melalui hati bukannya akal semata2..Subhanallah, sibghah sakinan mula menjadi teman dalam hidup kami. Sahabat-sahabat yang baik sentiasa mengingatkan anna  kepada Allah semasa gembira mahupun duka.. Setiap yang jatuh pasti akan bangun dan terus memulakan langkah.. Rindunya kat kalian semua.. Bagaikan dah setahun tak jumpa sedangkan hanya baru beberapa hari ja kita tak jumpa..


Walaupun sering kali ada pertelingkahan dalam proses mengenali diri masing-masing, tetapi Allah tetap memelihara rasa kasih dan sayang antara sesama kita.Sampaikan Sungguh manis terasa persaudaraan dan ukhwah kita walaupun berjauhan dengan ibu bapa. Kasih sayang yang berlandaskan al-quran dan sunnah.Biarpun ukhwah kita tak sehebat dan seerat ukhwah rasullullah dan saidina abu bakar tapi kita sentiasa berusaha melapang dada untuk menerima kelemahan diri masing-masing.. Biarlah tali takwa dan ukhwah ini dapat membawa kita untuk berjiran dengan rasulullah J .. ukhwah till jannah


Ya Allah engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul keranamu ,bertemu untuk meatuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahmu hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong syariatmu maka eratkanlah ikatan-Nya Ya Allah
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini dengan limpahan iman jua keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentang-Mu. 

Jika Engkau mentadirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda semuanya. Amin."

No comments:

Post a Comment